Selasa, 4 Oktober 2011

Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah

Sedikit Renungan

Ya Allah semaikanlah rasa rindu kami kepada kekasihMu ya Rasulullah Amin..

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

Sabtu, 24 September 2011

INSYAALLAH

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian, tiada pembela
Segalanya suram, bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Korus)
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

(Ulang korus)

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

(Ulang korus)

Melodi: Maher Zain
Lirik: Maher Zain & Bara Kherigi
Susunan Muzik: Maher Zain & Hamza Namira
Lirik Melayu: Frizdan

Rabu, 21 September 2011

Thank You Allah

Thank You Allah Lyrics

By: Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah

All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009

Selasa, 20 September 2011

Always Be There

Always Be There Lyrics

By: Maher Zain

Allahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard

There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

Video & Lyrics Information
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji & Maher Zain
Melody: Maher Zain
Arrangement: N/A
Copyright: Awakening Records 2009

Jumaat, 9 September 2011

Perkahwinan adindaku Norzanariah dan Zulfiqar

Alhamdulillah, syukur....lambat saya upload...sibuk sgt...namun tahniah buat adikku Norzanariah dan Zulfiqar... Semoga berbahagia hingga ke syurga.. Amin







Keluarga Tercinta...



Alhamdulillah, tahun ini, kali pertamaku dan keluarga beraya bersama dua orang baru, iaitu dua adik iparku, Asni dan Zulfiqar...Syukur..

Meraikan Aidilfitri pada tahun ini secara bersederhana memandangkan perlu menghantar adinda Shikin ke KLIA untuk menyambung pengajian Ijazah di Canada yang hanya tinggal setahun saja lagi...

Di Ampang...kami tidak melepaskan peluang untuk mandi di Air Terjun Bukit Belacan..Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam yang penuh indah ini...

Semoga Allah Al-Wahab merahmati dan mengurniakan kesihatan yang baik buat keluarga baru kami dan selamat datang buat adik2 iparku yang disayangi..dan bakal anak saudaraku...hihi.. Amin..

Rabu, 24 Ogos 2011

Apakah cinta

KARYA L.U.P.I.N

Cinta Sejati
Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?
Ini karena hal terindah di dunia TIDAK TERLIHAT...
____
Kita semua agak aneh...dan hidup sendiri juga agak aneh....
Dan ketika kita menemukan seseorang yang keunikannya SEJALAN dengan kita..
kita bergabung dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan serupa
yang dinamakan C I N T A . .
_____
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan.
Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan . .
Tapi ingatlah...melepaskan BUKAN akhir dari dunia . .
melainkan awal suatu kehidupan baru . . .

_____
Apabila cinta tidak berhasil...BEBASKAN dirimu
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya dan terbang ke alam bebas...
LAGI..
Ingatlah...bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan kehilangannya . .
tapi..ketika cinta itu mati . . .
kamu TIDAK perlu mati bersamanya . .

_____
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu menang . .
MELAINKAN mereka yang tetap T E G A R ketika mereka jatuh
Entah bagaimana...dalam perjalanan kehidupan,
kamu belajar tentang dirimu sendiri . . .
dan menyadari . . bahwa penyesalan tidak seharusnya ada . . .
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan2 kehidupan yang telah kau
buat

_____

TEMAN SEJATI . . . mengerti ketika kamu berkata " A k u l u p a . ."
Menunggu selamanya ketika kamu berkata " T u n g g u s e b e n t a r "
Tetap tinggal ketika kamu berkata " T i n g g a l k a n a k u s e n d i r i
"
Membuka pintu meski kamu BELUM mengetuk dan berkata " B o l e h k a h
s a y a m a s u k ?”

_____

MENCINTAI . . . BUKANlah bagaimana kamu melupakan . . .
melainkan bagaimana kamu MEMAAFKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu mendengarkan . . .
melainkan bagaimana kamu MENGERTI . . .
BUKANlah apa yang kamu lihat . . .
melainkan apa yang kamu RASAKAN . .
BUKANlah bagaimana kamu melepaskan . . .
melainkan bagaimana kamu BERTAHAN . . .

_____
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati . .
Dibandingkan menangis tersedu2 . . .
Air mata yang keluar dapat dihapus .
sementara air mata yang tersembunyi ,
menggoreskan luka yang tidak akan pernah H I L A N G . . .

_____
Dalam urusan cinta, kita SANGAT JARANG menang . .
Tapi ketika CINTA itu T U L U S , meskipun kalah,
kamu TETAP MENANG hanya karena kamu berbahagia . . .
dapat mencintai seseorang . .
LEBIH dari kamu mencintai dirimu sendiri . . .



_____
Akan tiba saatnya dimana kamu harus berhenti mencintai seseorang
BUKAN karena orang itu berhenti mencintai kita
MELAINKAN karena kita menyadari
bahwa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

_____
Apabila kamu benar2 mencintai seseorang, jangan lepaskan dia . .
jangan percaya bahwa melepaskan SELALU berarti kamu benar2 mencintai
MELAINKAN . BERJUANGLAH DEMI C I N T A M U ( " Fight For Your Dream" )

Itulah: C I N T A S E J A T I . . .
bukannya seperti: " Easy Come . . . Easy Go "
_____


Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan
DARIPADA berjalan bersama orang "yang tersedia"
Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai
DARIPADA orang yang berada di "sekelilingmu"
Lebih baik menunggu orang yang tepat
karena hidup ini terlalu singkat untuk dibuang dengan hanya
"seseorang"
_____

Kadang kala, orang yang kamu cintai
adalah orang yang PALING menyakiti hatimu
dan kadang kala, teman yang membawamu ke dalam pelukannya
dan menangis bersamamu adalah cinta yang tidak kamu sadari.

Ahad, 14 Ogos 2011

Ramadan- Bulan Keinsafan

Alhamdulillah...diam tak diam.....pejam celik....kita sudah sampai ke 15 Ramadan...
Sesungguhnya...hati ini amat sayu ketika berada di bulan Ramadan ini....
Dibukakan oleh Tuhan segala yang kita tidak pernah ketahui sebelum ini...
dicurahkan rahmat dan nikmat yang tak pernah kita duga akan lalui...

Sungguh...!
Kesyukuran kupanjatkan padamu Ya Tuhan,
Ya Mutakabbir, Ya Fattah, Ya Mukmin, Ya Fattah, Ya Barr, Ya Qawiyy....

Ya Ilahi Rabbi....
Semoga Ramadan ini membuka sejuta persoalan..
Menyelesaikan sejuta kemusykilan..
merungkai...sejuta permasalahan..
Dan Membuka pintu-pintu kebahagiaan dan kemenangan..

Amin...

Sabtu, 2 Julai 2011

LAGU TAPI BUKAN AKU-KERISPATIH

"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mestilah melihat dangan mata hati dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. JIka tidak, itu petanda penglihatan hati tak jauh dan akalnya pendek"

Pernah kita dilukai...
Pernah kita dikecewakan...
Kita rasa hancur...kecewa...rasa dirundung malang....
kadang-kadang kita rasa kenapa kita yang diduga...kenapa kita yang perlu terima ini semua....
kenapa kita yang harus terima kegagalan demi kegagalan....
namun...bila kita ingat pada Nya...kita redha..kita pasrah...
kita tahu Dia Wujud...
Kita ingin sangat jadi insan yang disayangi Nya....
Bantulah hambaMu ini Ya Allah....

Kadangkala....
keputusan sukar diputuskan....
namun...
ia perlu untuk kesejahteraan
mungkin ramai terluka, kecewa....
akan keputusan kita,
namun adakah kita ingin kecewa untuk membahagiakan semua orang...
tapi....
itu yang banyak berlaku padaku....
selalu mengalah untuk kebahagiaan orang lain...
mengalah dan mengalah
tanpa ada rasa untuk mempertahankan.....
kerana bagi aku...
jika seseorang benar-benar CINTA,

walau ada bidadari yang datang,walau ada puteri mana yang datang, ia tetap setia dan cinta padaku......

Cinta yang ikhlas, tulus, sejati kerana Allah....
Namun.....
Sesungguhnya.........
ujian demi ujian amat mengajar aku erti kehidupan....
Kerana aku yakin, sabar dan tabah JODOHNYA BAHAGIA...
Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin kupaksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima

Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semua
Lebih baik jangan mencintai aku dan semua hatiku
Karana takkan pernah kau temui cinta sejati

Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekali pun aku takkan pernah mencuba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasaku telah mati untuk menyedarinya

Semoga saja kan kau dapati
Hati yang tulus mencintaimu
Tapi bukan aku

Jumaat, 17 Jun 2011

HASAD DENGKI , GILA DUNIA , SOMBONG BONGKAK PEROSAK SEGALANYA

Assalamualaikum....semua pembaca blog ku...
Ketenangan dan kebahagiaan sukar diperolehi kerana sesungguhnya ia adalah satu perkara yang maknawi dan bersifat rohaniah....

Jika kita tiada kebahagiaan maka sesungguhnya hidup kita dalam kepura-puraan..
Gila dunia, rasa senang sesungguhnya hanya lahiriah dan bukan penentu kepada kebahagiaan dan ketenangan..

Hasad dengki...sombong dan bongkak sesungguhnya adalah satu sifat yang perlu dijauhi kerana sesungguhnya ia adalah perosak hati dan mengeruhkan sinar cahaya pada wajah kita.....

Rabu, 15 Jun 2011

AKRAM PENYELIDIKAN DAERAH KEMAMAN

Alhamdulillah...terlibat dalam pasukan AKRAM banyak mengajar saya erti pengorbanan dan ketahanan. Di samping dapat mempelajari sesuatu yang baru..pengalaman ini banyak membantu saya memperbaiki kelemahan selama saya bertugas sebagai guru..

Semoga saya dapat memperbaiki lagi kelemahan diri saya dan dapat berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh lagi untuk kecemerlangan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara....

Amin

Khamis, 26 Mei 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu.....kali ke 40

Alhamdulillah......

Antologi Cerpen Janji telah dibukukan....Terima kasih JPNT Terengganu kerana menyelitkan karyaku yang x seberapa itu...'Kesyukuran'

Sempena Sambutan Hari Guru, Antologi Cerpen Janji memuatkan 11 guru Terengganu telah dirasmikan.....

Semoga semua cerita tentang kehidupan ini dan kehidupan sekolah serta apa yang dihadapi guru-guru menjadi pengajaran buat kita semua...

Alhamdulillah.....

Selasa, 24 Mei 2011

Usaha Tangga Kejayaan....

Chayuk chayuk!!!!

Setiap yang kita inginkan pasti disertai usaha yang gigih....
Berjayakah aku!!!
Oh...!
Semoga Allah memberkati usahaku....
Niatku hanya satu membahagiakan insan yang disayangi...
Yang banyak mengasihaniku sehingga aku dewasa kini...

Perkenankanlah Ya Allah...Amin

Selasa, 26 April 2011

Bola Tampar - Alhamdulillah...

Syukur...kupanjatkan ke hadrat Ilahi....atas kemenangan pasukan bola tampar CBEST!!!
Lelaki Johan manakala perempuan Tempat ke-3..

Penat-lelah kalian dalam memperjuangkan maruah sekolah amat cikgu kagumi..

Kekalahan pasukan perempuan bukanlah kekalahan yang menyedihkan malah cikgu bangga kerana kamu semua berhempas pulas demi CBEST..cuma rezeki tidak berpihak kepada kita.. namun ingat, kita dah berusaha dan redhalah kita pada ketentuanNya.. Tahniah kepada pasukan lelaki yang bertungkus lumus 3 games mengalahkan SMK Mak Lagam.. dan tahniah pasukan wanita, kerana walaupun kalah dengan SMK Mak Lagam..namun anda kalah dengan mata yang hampir...27-26, 17-25, dan 16-17.. Syabas pelajar-pelajar sekalian..cuma harapan cikgu...walaupun aktif bersukan ingatlah PMR dan SPM bakal menjelma...tetap study dan mengulangkaji pelajaran...Chayuk2 untuk OTI nanti

Rabu, 20 April 2011

Renungan Bersama

By Anis Liana Amerrudin ( Terima kasih )

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.

Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu hanya kepadaku semata-mata.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga. Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati. Yang diharap, bukan berapinya jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang penuh luka. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai sama ataupun tidak dengan kehendak hati, Insya Allah ku redha kemahuan pilihan Illahi…

Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian… Semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Amin.

Selasa, 19 April 2011

BERSABARLAH

Bersabarlah - kuhulurkan tangan ini

Tajuk Lagu: Bersabarlah
Penyanyi/Artis: Warisan

Bersabarlah dan bertawakkallah
Dalam kehidupan ini
Sesuatu yang terjadi itu
Tentu ada hikmahnya

Penderitaan yang engkau alami
Hanya suatu dugaan
Dan janganlah kau bersedih hati
Tuhan maha penyayang

Hatiku memahami derita yang kau alami
Diriku menyayangi oh dirimu
Linangan airmatamu
Hanya tuhan yang tahu
Peritnya kau tanggungi tak terkata
Sabarlah wahai insan
Yang sedang menderita
Janganlah putus asa

Kasih yang kau harapkan
Menanti dihadapan
Bahagia yang kau rindu
Terbuka diakhirat

Kuhulurkan tangan ini
Sebagai tanda kasih
Semoga kau menyedari
Niatku suci murni…

Selasa, 12 April 2011

Bola Tampar - Kejohanan Bola Tampar Peringkat Zon

Alhamdulillah, pasukan Bola Tampar C-BEST (l) dan (P) telah berjaya mendapat tempat ke-dua dalam perlawanan bola tampar peringkat zon. Kekalahan dengan SMK Mak Lagam amat mendukacitakan dan diharap pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan dapat bermain sebaik mungkin dalam Kejohanan yang akan diadakan pada 19-23 April 2011 nanti...
Chayuk Chayuk!!!


Silat - Kejohanan Silat MRSM Se-Malaysia Peringkat Kebangsaan

Assalamualaikum.....WBT

Program yang dijalankan selama seminggu bermula 19 Mac hingga 23 Mac 2011 banyak mengajarku pelbagai perkara dan Alhamdulillah segala tugas yang diamanahkan berjalan dengan lancar. Sahabat-sahabat silat amat baik dan banyak memberi tunjuk ajar kepadaku.Terima kasih sahabat-sahabat silat semuanya termasuk kak Hindun, Kak Habsah, kak Rokiah, kak Ros dan adik Ti..Gembira dan bersyukur mengenali kalian.






Olahraga....C-BEST Peringkat Daerah

Assalamualaikum...Dah lama tak tulis dalam blog...
Olahraga Peringkat daerah walaupun tidak menyumbang emas tetapi ia tetap memuaskan..kerana semangat yang kental dan jitu

Tahniah...guru-guru dan pelajar2nya














Jumaat, 1 April 2011

Alhamdulillah....

Penat rasanya hari ini....Namun, semua yang diharapkan dipermudahkan Allah...
Alhamdulillah....
Syukran Ya Allah...

Apa yang dipelajari hari ini....mmmmm..
sabar....yeah...kita mesti sabar dalam semua perkara...
semasa memandu, semasa berkata-kata, semasa bekerja dan sebagainya....
Jangan putus harap...
Dan sentiasa yakin....bahawa setiap manusia ada rezekinya...
Cuma setiap orang, rezekinya datang dengan cara yang tersendiri...
Kadang-kadang, kita tidak menyangkanya...
Kadang-kadang apa yang kita harapkan tidak menjadi, namun kerana kesabaran, kita akan dapat ganti yang baik walaupun perkara itu perkara yang lain....
ini
Ada hikmah yang tersendiri...yeah...itu ayat yang paling bagus...setiap yang Allah takdirkan ada hikmah yang tersendiri...
Namun kita tidak nampak ketika itu juga..

Betulkan?

Yea...selang beberapa lama, barulah kita mengerti...kenapa sebegini dan kenapa sebegitu...lalu kita pun berkata...nasib baik...bla bla bla

:) Kesibukan...
Semoga...walau kita sibuk sekalipun..kita hendaklah..ingat pada yang esa.....
Baca Al-Quran dan Hadis....emmmm saya pun berkata untuk diri saya juga....
Moga-moga kita semua tergolong dalam insan yang diredhai Allah SWT...

Sekian coretan saya.....agak busy sedikit...insyaAllah...saya akan tunjukkan...peristiwa2 sepanjang berada di Besut, olahraga dan bola tampar....

Salam Kasih Sayang...

Salam Perjuangan

Jumaat, 25 Mac 2011

Kesyukuran......



Tahniah buat adindaku Hafiz atas pernikahan dengan isterinya Asni..syukran Ya Allah..semuanya berjalan lancar..alhamdulillah. Kak Dah doakan semoga Hafiz dan Asni senantiasa berbahagia sehingga ke syurga. Amin



Buat adinda Idham, tahniah atas kejayaan straight A.. 6A+,1A,2A-. Semoga Idham dapat mencapai cita-cita untuk menjadi doktor yang berjaya di dunia dan akhirat, Amin..



Dan tahniah juga buat anak-anak didikku 5A dan 5B 2010...Andai kalian membaca coretan teacher...
Syukur kerana peningkatan yang anda semua lakukan..peningkatan yang baik berbanding result percubaan.. alhamdulillah..

Namun buat adinda dan anakanda pelajar sekalian..

Usaha mesti diteruskan..
Tanamkan azam untuk lebih bejaya lagi..
Ingatlah...
Usaha hari ini dan kejayaan hari ini akan menjadi kenangan yang terindah untuk masa depan..chayuk2...

Akhir coretan, ingat lah Allah selalu...maka Allah pasti mengingati kita...amin...
Salam penuh kerinduan...

Sabtu, 12 Mac 2011

Hari yang amat sibuk..........

Salam..............
Kepada pelajar-pelajar 5 Arif...soalan kertas 1 biarkan dulu yer...teacher x ingat bawak balik....amat sibuk uruskan persiapan perkahwinan adik..

Alhamdulillah..segala barang telah di'packing'...
InsyaAllah....pagi ni kami sekeluarga bertolak ke KL central...

Semoga penerbangan kami berjalan lancar...
Ya Allah...permudahkanlah urusan dan niat murni kami..

Amin

Selasa, 8 Mac 2011

Sajak...oleh kekanda Zarina Othman

Semalam mendung
Hari ini hujani
Esok mungkin cerah

Semalam kenangan
Hari ini perjuangan
Esok belum pasti

Semalam berjanji
Hari ini dipenuhi
Esok mungkin tidak

Semalam kegagalan
Hari ini kesedaran
Esok mungkin kejayaan

Tq kak ina.............muaaaah...Sayang sokmo

Ahad, 6 Mac 2011

Selamat Sejahtera Shuhadah

Assalamualaikum....WBT
Alhamdulillah.....syukur kita ke hadrat Ilahi..kerana dengan izinNya....
Kita dapat bersua lagi....

Insya Allah.....moga-moga setiap impian kita diredhai oleh Nya....
Moga hasrat dan keinginan mencari ilmu Nya...
Mendapat keizinan dari Allah SWT...

Amin...

Sama-sama kita berdoa agar diterangkan hati dan sanubari dalam merebut keredhaan Mu
Ya Allah

Satu sahaja impian kita....
Bertemu Ya Rabbi dalam keadaan diredhainya dan diberkati oleh Nya....

Bantulah kami Ya Allah

Isnin, 28 Februari 2011

Air.....

Satu nikmat yang amat besar nilainya....
Diciptakan oleh Allah untuk kita melaksanakan tugasan harian, memberi tenaga dan sebagainya....
Namun...kenapa aku sukar untuk menghargai nikmat ini...
Susah untk meminum air suam...
Ya Allah...ubahla shuhada ini.....
Agar ia mudah minum air suam dan sentiasa menjaga kesihatan diri...

Amin

Jumaat, 25 Februari 2011

Di keheningan Malam

Setiap yang hidup pasti akan mati...
Dan setiap yang sihat pasti akan merasa sakit....
Namun sejauh manakah orang yang sakit mampu menahan kesakitan tersebut...

Adakah dengan mengharap kematian, seseorang itu akan terlepas dengan derita yang mencengkam jiwanya..

Hidup mesti diteruskan...
Apa tujuan kita dihidupkan Allah di muka bumi ini!!!
Bukankah untuk mentaati dan bertaqwa kepadaNya..
Bukankah untuk berjuang fisabilillah...!
Menegakkan yang haq!

Kenapa kita mesti mengeluh atas segala ujian Nya....
Ampunkan hamba Mu ini Ya Allah...
Kadangkala....

Kesedihan yang menjeruk rasa.. membuatkan aku alpa...akan kelemahanku...
Ampunkan aku Ya Allah...Ya Rabbi...

Sesungguhnya keterlanjuran kata-kataku adalah kerana kealpaanku..
Namun jauh di dalam sudut hatiku....
Hanya Allah yang tahu...
Betapa aku ingin mengenalMu Ya Tuhanku....
Semoga di suatu hari nanti....

Aku mendapat ketenangan bersama seseorang untuk menuju ke jalan keredhaanMu... amin

Sabtu, 19 Februari 2011

Sukanya..........

Hari ini, adik2 banyak tolong kakak sulung dia nie tolong mak..
tolong wat kuih popia, tanda paper, dan wat kek..
Terima kasih idham n hidayah...tolong kak dah..n tolong mak sekali

Teringat kat adik2 lain yang jauh di perantauan...shikin di UNB, afiz di KL n ana di JB...
Apapun, InsyaAllah, nanti kita pasti akan bertemu...

Mesti kita banyak bercerita nantikan?...

Miss u all...

Sayang mak, abah, n adik2 semua...

Isnin, 14 Februari 2011

Selamat Hari Kekasih kita, Nabi Muhammad SAW

Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa'ala ali sayyidina Muhammad....
Selawat dan Salam buat Nabi Junjungan....dan keluarga serta sahabat Baginda..

Bila sendirian...
Terfikir sendiri...apakah perjuangan kita kala ini..
Jauhnya jika kita bandingkan dengan perjuangan Rasulullah dan sahabat baginda....

Sesungguhnya....
Medan perjuangan kita kini terlalu luas...
Mungkin kita perlu berjuang melawan segala kehendak atau nafsu...yang kadangkala melebihi keperluan...

Mungkin kita perlu muhasabah..apakah perjuangan kita dan sumbangan kita kepada masyarakat....

Mungkin kita perlu berfikir...apakah caranya kita untuk berbakti dan berjuang menegakkan agama kita...

Atau mungkinkah kita hanya terus leka dengan keselesaan kini.....dan tidak mahu melangkah jauh.....

Bagaimana pula dengan rasa sombong, rendah diri, malas, angkuh, dengki, khianat.....mungkin itu rasa yang perlu dibuang....

Ya.......semoga kita semua dapat berubah ke arah yang lebih baik...

Mencontohi Rasulullah SAW...

Amin

Khamis, 10 Februari 2011

Mengapa??

Mengapa Kau berfikir begitu?

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia....
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih....
Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berjalan begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak
berbuat apa lagi...
Allah SWT sudah punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelpon...
Allah SWT selalu berada disampingmu

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang...
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak.

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak
terbalas...
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala
yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. ....
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur....
Allah SWT telah memberkahimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. ..
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi....
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... .
Allah SWT Maha Mengetahui. munajjat.blogspot.com

Selasa, 8 Februari 2011

Selamat Pagi.........

Inna ha za la rizquna malahu minnafad.....
Syukur.....
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik untuk hari ini....

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik. Amin

Ahad, 6 Februari 2011

Alhamdulillah...........

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini berjalan dengan baik....
Dugaan? Biasalah...dugaan lah yang mematangkan kita untuk terus kuat menghadapi mehnahnya....

Moga Allah menguatkanku dan memberikanku tanggungjawab yang mampu kupikul seperti yang termaktub dalam Surah Al- Baqarah Ayat 285 - 286

Syukran....Ya Allah...

Perjuanganku sebagai hambaNya belum selesai...
Dan akan kuteruskan perjuanganku di bumi Terengganu ini dengan penuh ikhlas dan tawaduk sebagai muslimah yang sejati....

Amin......

Ahad, 30 Januari 2011

Di keheningan malam

Walau hujan turun mencur

Nasihat ibnu Qayiim

Nasihat Ibnu Qayyim
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima
kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan
dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali
Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan
suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar
sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan
kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.. . . Andai
dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat
hati si hamba itu.
Wassalam

Petikan dari Mimi Topix

Jumaat, 28 Januari 2011

Syukur

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala kurnianya..Alhamdulillah....
kerana kita masih dapat melihat mentari...
menghirup udara yang segar...

berjuang dan berbakti selagi mampu dilakukan.....

syukur...

Sama-samalah kita bersyukur ke hadrat Nya....

Moga kesyukuran kita menambahkan lagi keimanan kita pada Nya

Selasa, 25 Januari 2011

Hujan....

Hujan bagaikan mutiara yang gugur ke bumi......
hujan anugerah indah dari Ilahi...
Syukur...
syukran Ya Allah
atas nikmatmu.......
syukur...
kerana aku hidup hingga kini.......
syukur kerana nafasku tidak lagi terhenti...
Alhamdulillah
Terima kasih ya Allah

Siapa itu.............................

Setiap kali......
mata kututup.......
aku tidak berasa lena......
setiap kali mata kubuka.....
aku malu bertentang mata........

kenapa ini harus kulalui....
kenapa benci bersarang di hati
kenapa dendam yang aku cari
kenapa cinta tidak menghadiri
kenapa..........

dia menghantuiku saban waktu.....
dia meracuni akal fikiranku....
sendiku diganggu
fikiran dikacau
apakah salahku...............

sudah lama ia berlalu....
kenapa perlu ku diganggu lagi......
biarkan aku dengan caraku

aku hanya inginkan diriku
menjadi shuhadah yang dahulu
ceria, sihat, senyum selalu
tegas, dan berhemah dalam mendidik

bantulah aku ya Rabbi
Ya Allah
Ya Karim

Amin

Jumaat, 14 Januari 2011

AHLAN WASAHLAN 2011 !!!

Thanx God, Allah coz give me strength to write this.... Alhamdulillah...
I hope all of us are always happy and healthy all the times..

Sometimes we will sick, but be patient.... its only a test from Allah to us...
Be strong...
And believe that Allah will help us...

All people should have a dream...
yeah..me too...i hope Allah will fullfil my dreams... Amin

i love my parents, my siblings, my teachers, my lecturers, my friends n my students...
May Allah bless all of us..amin...

Isnin, 6 Disember 2010

Zikrullah

Sesungguhnya iman adalah di antara harapan dan ketakutan...

Rasululullah SAW pernah bersabda....
" Barangsiapa yang didapati padanya 4 perkara,nescaya ia akan memperoleh segala kebaikan di dunia dan akhirat.."
Pertama: Lidah yang sentiasa dibasahi dengan berzikir
Kedua : Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur
Ketiga: Anggota2 tubuh yang sentiasa menahan penderitaan
Ke- 4 : isteri yang tidak mengkhianati maruah suami dan harta bendanya.


Zikir dapat membersihkan hati yang kotor, terutamanaya jika ibadat itu ikhlas dan pencapaian ikhlas pula bergantung pada hati yang jernih dan suci.
Zikir terbahagi kepada dua iaitu:
(1) Zikir dengan lidah
(2) Zikir dengan hati

Fikir sesaat adalah lebih utama daripada ibadat 70 tahun. Zikrullah pula 700 ribu kali lebih utama daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah...

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

" Aku nasihatkan mu hendaklah bertaqwa kepada Allah kerana ianya sumber segala amalan. Utamakan bacaan Al-Quran dan zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menyebabkan nur di permukaan bumi. Perbicarakanlah yang baik2 dan senyap nescaya syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong tentang urusan agamamu. Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya dari wajahmu akan terlenyap. Utamakanlah jihad kerana itu kebanggaan umatku. Hendaklah mengasihani orang2 miskin dan menggauli mereka. dan perhatikanlah keadaan mereka yang rendah daripadamu.Jangan sekali-kali memerhatikan mereka yang lebih tinggi daripadamu kerana dengan ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat Allah yang dianugerahkan kepadamu. Hendaklah mengukuhkan silaturrahim dengan kaum kerabat walaupun mereka memutuskan perhubungan denganmu. Hendaklah berbicara benar walaupun pahit. Jangan sekali-kali menghiraukan para pencela mengenai urusan-urusan agama Allah. Carilah keaiban dirimu sendiri dan janganlah menghebohkan aib orang lain. Janganlah sesekali memurkai orang atas keburukan yang terlibat dalam dirimu sendiri. Wahai Abu zar, tiada kebijaksanaan yang lebih bernilai daripada tindakan yang sewajarnya,sebaik-baik taqwa ialah menjauhi larangan dan tidak ada kemuliaan yang setimpal dengan akhlak yang sempurna

Selasa, 5 Oktober 2010

Ilmu Tasawwuf Bab 3 dan Bab 4

Bab 3 : Sifat Redha

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ". ( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 )

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .

Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )

Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.





Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
" Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".

Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
" Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".

Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :

" Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".
( Riwayat Muslim )


Bab 4 : Ikhlas


1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian manusia.

2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :

“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.

4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.


( Rujukan Kitab - Mengenal Ilmu Tasawwuf – Mohd Sulaiman bin Hj. Yasin )

Daripada laman Tazkirah Mohd Taufik Yasabah
Muar, Malaysia

Ilmu Tasawwuf Bab 1 dan Bab 2

Bab 1: Pengenalan

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :

Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

1) Taubat .

2) Khauf ( Takut )

3) Zuhud

4) Sabar.

5) Syukur.

6) Ikhlas.

7) Tawakkal.

8) Mahabbah ( Kasih Sayang )

9) Redha.

10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :

1) Banyak Makan

2) Banyak bercakap.

3) Marah.

4) Hasad.

5) Bakhil.

6) Cintakan kemegahan.

7) Cintakan dunia .

8) Bangga Diri.

9) Ujub ( Hairan Diri ).

10) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).











Bab 2: Khauf

1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain".
( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Rujukan : Tasauf di Dalam Islam - Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )

Daripada laman Tazkirah Mohd Taufik Yasabah
Muar, Malaysia

Isnin, 4 Oktober 2010

Physics Note...

RADIOACTIVITY

For all my beloved students...please read all the topics of SPM Physics from topic Form 4 to Form 5......

i am believe that you will answer nicely n smartly in your upcoming SPM exam that just around the corner

Believed in Allah.... believe that Allah is always by your side... always pray n hope from him...

Actually i would like to stress about Radioactivity topic...that i am sure is very important to you all...

Beside all the note n tips that i had given to you...please read the notes below.....

NUCLEAR FISSION

1) NUCLEAR FISSION IS THE SPLITTING OF A HEAVY NUCLEUS INTO TWO LIGHTER NUCLEI
( PEMBELAHAN NUKLEUS TERJADI MELALUI PEMECAHAN SATU NUKLEUS BERJISIM BESAR KEPADA DUA NUKLEUS
YANG LEBIH RINGAN)

Rabu, 29 September 2010

Menanti di alam barzakh

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Lirik Menanti di Barzakh - Far East @ Lirikami
Kategori: Lagu Nasyid

Cintailah pendidikan dan pekerjaan mu

Salam ukhwah buat semua

Kelmarin saya mendengar satu kata -kata yang amat luar biasa hebatnya..dari En Abraham Adel

Ingat lah sekolah yang dulunya tidak istimewa...banyak kekurangannya telah menjadikan kita seorang yang istimewa kerana guru-gurunya amat istimewa..

Bukan harta, pangkat, pakaian yang cantik, wajah yang jelita atau lelaki yang rupawan yang penting namun yang penting ialah Pendidikan yang baik..harta dan pangkat ada limitationnya....jadi Belajar lah dan cintai apa yang kamu buat...

Value of education is the perfect thing..

Jangan lah meminta-minta sebaliknya ikhtiar hidup sangat luar biasa

Sabar dan tabah jodohnya BAHAGIA

Kenapa sesorang itu bersungguh2 dalam apa yang dilakukannya?????

ITS THE LEVEL OF LOVE (KECINTAAN KEPADA TUGAS)

JADI, sama-samalah kita berubah dan hargai pendidikan

serta KONSISTEN dalam apa yang kita buat.........

We can do it!!!!!!!

Isnin, 20 September 2010

Kesihatan...

Syukur atas nikmat kesihatan..bila sakit pedihnya rasakan..
apapun..sakit pn kena bersyukur... moga Allah hapuskan segala dosa kita di dunia ini..

semasa sakit kita kena banyak beristighfar...mana tau ajal kita mungkin akan sampai, kejap lagi, esok, lusa ke...

Namun kita kena doa juga kita dipanjangkan umur.. sebab...byk yang perlu kita fikirkan...adakah sudah selesai segala amanah yg dipikul..adakah sudah terampun dosa kita kepada Allah dan sesama manusia.....

Mari kita renung2 kan sejenak...bersama..

Kepada mereka yang membaca nukilan saya...yang mengenali atau tidak mengenali..maafkan saya kalau sy ada wat anda terkecil hati, terasa hati.. samada secara sengaja ataupun tidak..mana tahu ajal menjemput saya.....maafkan saya ya.. Hanya Allah yang maha tahu setiap yang akan berlaku..
Wallahualam....salam ukhwah....Shuhadah

Ahad, 12 September 2010

Salam lebaran

Dah lama shuhada tak tulis dalam blog nie....erm sibuk memanjang...marking paper 4 bundle...lagi 2 bundle dalam proses...balik kg lagi n macam2...sekarang baru free...leh la nak menaip siket

Raya tahun ni seronok sangat..sebab lapan org ahli keluarga berkumpul, abah, mak,saya sendiri, apis, ana, shikin, idham n hidayah...beraya di kampung di batu pahat, johor..bersama nenek dan pak usu n mak uda n mak ngah..Alhamdulillah

Tahun ni...kuih raya ada yang buat n ada yang beli...rezeki alhamdulillah

Namun yg sedih...adik shuhada yg ketiga..berangkat ke canada hari raya ke-2..sedih sgt...sume sedih..sy...mak..adk yg len...apa lg nangis la...2 tahun shikin x beraya dgn kami...tahun ni raya ke 2 dah trpaksa balik...namun..seronok sbb ingat wat kuih raya dgn shikin, beli barang dengan shikin, kemas rumah dgn shikin...masak dengan shikin...sumer nyer lah...

apapun...shu harap shikin dapat terus berjuang untuk dua tahun lagi di canada,...
kak dah n sume sentiasa mendoakan shikin...

Bantulah adikku Ya Allah dalam menuntut ilmu mu Ya Allah
Amin....

Rasanya setakat ini saja...

Seronok ada keluarga yg happy..alhamdulillah.
Ya Allah.....semaikan dan panjangkan lah cinta dan kasih syg kami sesama keluarga...
mak abah n adik2...i love you all!!!!

my family alwisssssssssss in my heart.................

Jumaat, 13 Ogos 2010

Ujian Ramadan.....

Hari ini..saya pergi ke Kuantan atas urusan tertentu.....while driving...suddenly....
something hit behind my car...i was panicked...

Takut pn ada...pakcik tu terjatuh.. Ya Allah.. kesian sgt...saya ketepikan kereta...pak cik tu cedera di kakinya..pak cik tersebut tya la kat saya nk report polis ke sbb kereta sy bercalar juga...rosak jugak skit..

adusssss........

x sampai hati sbb kereta saya tu mmg dah nasib terkena motor pakcik tu..
redha je la...
pak cik tu pun ckp kalau saya nak klim kat dia ker.........
ishh...sy ni kalau dengan org tua...kesian nye la....

teringat kt my parents
n grandparents
saya fikir mesti ada hikmahnya...

cuma sy minta pak cik tu doakanla sy murah rezeki n kesihatan baik....

hehehe

Aminnn....

Apapun...rasa lapang hati... hari ini...

Syukur kerana Allah kurniakan sy hati yang tenang hari ini...

I feel so calm n thanks god, Alhamdulillah...

Jumaat, 9 Julai 2010

Bersabarlah........

Jika hubungan anda dengan manusia terputus..sudah tentu Allah akan membukakan pintu untuk memberi ruang kepada anda berhibur dan bermesra dengan Nya.. Allah pasti memberi hikmah atas setiap kejadian di dunia ini...

Tidak ada sesuatu pun yang dapat menandingi dan mengatasi kasih sayang Allah..

Selasa, 6 Julai 2010

Ya Allah....bantulah aku

Ya Allah.......Ya Allah
selagi mana murkamu tiada pada diriku, maka tidak kupeduli segala
ujian dan derita ini..kerana kelak aku tahu pertolongan lebih luas lagi untukku..
Aku bernaung di bawah nur daripada Mu yang bersinar terang menyinari tujuh petala langit dan sisi yang gelap.. Aku memohon perlindungan daripada murka dan benci Mu kepada diriku, namun engkaulah yang selayaknya murka, dan padaku tiada daya upaya serta bahkan tiada jua kekuatan melainkan ihsan daripadaMu......................... aminnn....

Khamis, 17 Jun 2010

Kata-kata Hikmah

Perhatikanlah keanehan ciptaan Allah di alam semesta, nescaya Anda akan mendapat hal-hal yang menakjubkan dan akan berasa bahawa keresahan dan kebimbangan itu akan lenyap, kerana jiwa manusia pada dasarnya sangat senang terhadap sesuatu yang aneh dan asing...


Setiap orang yang melukai orang lain tanpa sebab tersendiri kelak akan bertemu dengan hari penuh luka...

Tenanglah....kerana di akhir perjalanan itu adalah kebaikan, hasil adalah kesenangan dan penutupnya adalah kemuliaan

Ingatlah::

Kefakiran : Ketenangan hati
Sakit : Pelebur dosa
Kematian : Pertemuan Dengan Allah


Sebagai hamba....ia sepatutnya berbaik sangka kepada Tuhannya, menunggu anugerah Nya dan mengharap kebijaksanaanNya kerana sesiapapun yang berada di bawah Autoriti kata "lain" maka mesti percaya pada JANJI NYA

Tiada sesiapapun yang dapat memberikan kebaikan kecuali Allah dan tiada seorang pun yang dapat menghentikan bahaya kecuali DIA. Di dalam setiap jiwa, Dia sudah menentukan kebijaksanaan dalam setiap gerakan ada hikmah dan setiap ketika dia memberi jalan keluar.......

Rabu, 16 Jun 2010

Sifat Negatif Lelaki dan Perempuan yang Amat Perlu Dijauhi

1. KEDEKUT
2. RIAK
3. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
4. TIDAK MENJAGA HATI ATAU TIDAK BERHATI PERUT
5. TIDAK BERTOLAK-ANSUR
6. TIDAK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI
7. SOMBONG
8. TAKABUR
9. DENDAM
10.PEMARAH
11.TIDAK SABAR
12.TAK BERUSAHA
13.MUDAH PUTUS ASA
14.DENGKI KHIANAT
15.TIDAK BERSYUKUR

Selasa, 15 Jun 2010

Love.....

Kenapa kita senang untuk jatuh cinta...
dan sukar untuk lari dari cinta itu...sukar untuk melupakan cinta itu..
sukar untuk melupakan kenangan...

kanapa cinta gagal di penghujungnya..
adakah kerana itu bukan jodoh kita..
kenapa setiap yang kita inginkan mesti melukakan hati kita...
kerana ingin memuaskan hati semua pihak...
kenapa kita selalu tersiksa....
derita...
dan akhirnya kecewa.....

Ya Allah........ku mohon dengan kesempurnaan 99 zat namamu Ya Allah, di Bulan Rejab ini...ubatilah kekecewaan mereka yang teraniaya kerana cinta, mereka yang kecewa kerana cinta manusia dan ubatilah hati-hati ini dengan kecintaan kepadamu dan gantikanlah cinta mereka dengan cinta mereka yang turut mencintaimu, sesuai dan dapat membawa kebahagiaan dunia akhirat..amin

AHLAN WASAHLAN "REJAB"

DOA BAGINDA RASUL........
TATKALA BULAN REJAB

"ALLAHUMMA BAARIKLANA FI ROJAB WA SYA'BAN WA BALLIGHNA ROMADHON"

AAMIN......

Jodoh

Andai ada orang bertanya:::

"kenapa ko x mau kawin lagi?? memilih ke? jangan terlalu memilih nanti rugi!!"

Macam mana nak jawab??

Ermmm..........

Tanya balik pada mereka...

'Awak ada atuk atau nenek tak?"
Kalau diorang jawab ada.. masih hidup lagi

Cakapla macam ni

"Cuba tanya atuk atau nenek awak....( kalau nenek n atuk xda, mak ayah diorang pun xpe..) tanya...nenek nenek...bila nenek mati.....)

So....

Dapat tak meseg yang nak saya sampaikan...
Jodoh, ajal, rezeki... semuanya telah diaturkan Allah di perjanjian loh mahfuz...
cuma kita harus berusaha....berdoa dan bertawaqal...

Bersabar dan redha itu adalah yang lebih utama.....

Tapi nukilan ini hanya sekadar nukilan

Lebih baik diam daari membalasnya...

Wallahualam............

Maaf Zahir dan Batin

Isnin, 7 Jun 2010

Suffering........

Bismillahirrahmanirrahim.........
Yeah.........
suffering is part of my life..........
i feel stress,lonely n painful with all of my problems n challenge overcome.......
from child until now...
suffer to get high marks..suffer to make sure i'm the best in my class
i still remember... i always got number one in standard 1-3...
in standard 4, 5 and 6...i was forgotten but i still do my best for my upsr..
in Form 1, i struggled n struggled..i remembered i in form 1D....n then coz of my high marks i moved to 2 Arif and then 3 Arif.......
n After PMR....i still in SMK Beserah n always got number one in my class...

Thank God....

In UTM....I was suffering bcause the subjects were too difficult....Physics stream...
Although i think i'm the good one, in UTM there were a lot of clever n genius students......

i always crying..........

n in love.........
it still the same...i was suffering coz i have one principle...i never never falling in love with the same guys of my friend although that guy loved me..


in working too
i was suffering
i had met a lot of people,.............
bad, good n so on

.........................................
................................................
i believe....that all of suffering that i had face is the way of Allah to test me either i am strong or not to be a good muslimah

i can do it

aminnnnnnn

Rabu, 2 Jun 2010

Khadijah

'Perempuan yang terbaik dalam golongan itu adalah Maryam...dan perempuan terbaik daripada golongan ini adalh Khadijah..Berbahagialah engkau Wahai umul mukminin, Dan berbahagialah kerana cinta al-Mustafa dan pemuliaan, kesetiaan dan kasihnya,......

(Dipetik dari KHADIJAH: Cinta Abadi kekasih Nabi)

Sabtu, 29 Mei 2010

Rintihan

Rintihan
Artist: Hijjaz
Song Category: Nasyid
Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...

Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya

Kasih Sayang

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

Rabu, 26 Mei 2010

Sibuk...

Kesibukan amat kita rasai sekarang...
kesibukan menguruskan urusan pekerjaan dan kesibukan menguruskan kerja rumah..
namun adakah kita tidak sibuk untuk bercakap dengan Allah. memanjangkan zikir kepadaNya
Adakah kita sentiasa sibuk mencari wang dunia hingga lupa pada pencipta kita...

Kadang-kadang..kita sibuk dengan urusan orang lain..
sedangkan kita tidak sibuk dengan keaiban diri kita sendiri

Kita mudah kecil hati..
Tapi adakah Allah tidak kecil hati dengan setiap plakuan kita..
Berhak kah kita kecil hati...besarkah kita untuk kecil hati...

Syukran jazilan....
Ya Allah...bantulah hambaMu ini..dalam setiap urusan..kehidupan...permudahkanlah kami..Amin

Sabtu, 1 Mei 2010

Surat-surat Al-Faruq dan Wasiatnya

1. Kebenaran itu sesuatu yang azali dan membetulkan kembali juga satu kebenaran. dan ia adalah lebih baik daripada terus-menerus hanyut dalam kesalahan.

2. Hendaklah difahami benar apa yang menggoda hatimu yang tidak terdapat dalam kitabullah dan Sunnah Rasulullah Saw. Ketahuilah mana-mana yan g serupa dan sama dan ukurlah semua itu mengikut persamaannya. Kemudian ambillah yang paling dekat dengan ketentuan Allah swt yang paling menyamai kebenaran.

3. Bagi yang mengaku berhak yang sudah jelas atau tidak jelas, buatlah had waktu yang terakhir. Jika beliau berjaya membawa buktinya, kembalikan haknya, jika tidak, jatuhkan hukuman pada dirinya. Kerana ini semua akan menghilangkan keraguan dan menjelaskan apa yang keliru.

4. Kaum muslimin adalah sama antara satu sama lain, kecuali yang terkena hukum atau tebukti membuat penyaksian palsu atau orang yang dicurigai kekerabatannya atau keturunannya. Allah SWT mengetahui segala rahsia dan menolak dengan bukti dan sumpah.

5. Jangan sekali-kali kamu merasa gelisah, jemu atau merasa terganggu kerana pertengkaran dan bersembunyi saat terjadinya pertengkaran. Kebenaran berada pada titik kebenaran dan Allah SWT akan memberi pahala yang besar dan dalam ingatan yang terpuji. Sesiapa yang mengikhlaskan niatnya,memadailah Dia sebagai yang berada di tengah - tengah mereka. Barangsiapa berpura-pura sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui tentang itu semua. Dia akan membuatnya menjadi manusia yang hina. Apakah anggapan kamu tentang balasan Allah mengenai rezeki yang diberikanNya di dunia ini serta rahmat yang melimpah ruah...

6. Surat nasihat kepada yang melakukan kesilapan:

Daripada Umar Al Khattab kepada fulan bin fulan. Assalamualaikum wbt..
Aku memuji kebesaran Allah swt yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.
Kemudian beliau mendoakan keamanan orang yang berada bersamanya, mengajaknya menerima ketuhanan Allah SWT dan bertaubat kepadanya..
'Orang yang mengampunkan dosa.Sesungguhnya Allah telah berjanji untuk menerima taubatku. Dia maha Menerima taubatku. Dia Maha Menerima taubat dan Maha Berat Azabnya. Allah SWT telah mengingatkan kepadaku bahawa kurnianya melimpah-ruah dan kepadaNya tempat kembali" Kemudian lelaki itu menangis dan kembali ke jalan yang benar dengan azam yang padu.
Apabila berita itu sampai kepada Umar, beliau berkata " Itulah yang perlu kamu lakukan. Jika kamu melihat saudaramu melampaui batas, halang dan tegurlah dia. Ajaklah dia untuk bertaubat kepada Allah dan jangan kamu menjadi pembantu kepada syaitan yang berada dalam tubuhnya..

7. Surat kepada Muawiyah:
"Amma Ba'du : Beriltizamlah dengan kebenaran yang berada di tanganmu. Kebenaran aka cenderung kepada orang yang benar pada hari yang tidak akan terlaksana apa-apa kecuali kebenaran. Wassalam."

8. Surat kepada Abu Musa

" Sesungguhnya manusia sentiasa memerlukan manusia yang lain. Muliakanlah wajah manusia dan hidupkan orang-orang Islam yang lemah dengan keadilan dan pemberian."

9. Surat kepada Abu Ubaidah :
" Daripada hamba Allah, Umar Amir Al Mukminin kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah. Salam Sejahtera ke atas kamu.

Amma ba'du : Sesungguhnya bantuan Allah tidak akan berterusan kecuali dengan ikatan pemikiran yang baik dan jauh dari keghairahan, serta jangan takut kepada cacian kerana Allah SWT.

10. Surat kepada Sa'ad bin Abi Waqas:

" Sesungguhnya apabila bertemu musuh teruslah menyerang mereka. Buanglah segala keraguan yang ada dan gantikan ia dengan keyakinan."
"Sesungguhnya belot terhadap kesetiaan itu selalu berlaku dan tersalah dengan amanah itu akibatnya kehancuran.

Ahad, 25 April 2010

Selagi....

Selagi...
Selagi...nyawa di kandung badan..
selagi itu aku meminta...
selagi jantung berdegup..
selagi itu aku memohon....
Ya Allah...
perkenankan doa hambamu ini...
berikan kesihatan dan ketenangan.
berikan kesejahteraan buat mereka yang sentiasa menyokong dan menyayangi hambamu ini..
dan musnahkan lah musuh-musuh durjana..khianat jin dan syaitan...Amin, ya Rabbal alamin

Ahad, 11 April 2010

Derita

Bilakah akan berakhir derita??


Apapun....
Mulakan hidup baru...sibukkan diri dengan amal dan bakti...
Sibukkan diri dengan banyak membaca..
Agar dapat memotivasikan diri..

Ingatlah, wanita 9 emosi(nafsu) 1 logik nya...(akalnye)
lelaki 9 logik (akal)1 emosinya....(nafsunya)

Jagala emosi kita agar tidak keterlaluan...
Berpegang kepada syariat agama...

Derita akan hilang...namun..biarla derita di dunia...dan bahagia di syurga..Amin

Rabu, 17 Mac 2010

Islam......kerdilnya kita..

Jika dibandingkan zaman Islam mula-mula naik..terasa kita terlalu teruk..Islam bagi kita hanya nama. Penghayatan kita begitu bersahaja.. Kita Islam.. Kita beriman..tetapi Islam kita just nama..iman kita nipis...

Cuba kita bayangkan....
Kita kerja dibayar gaji....
Kita kerja dan takut berbuat salah...
Kita takut pada bos kita...
Kita bawa kereta...undang-undang jangan lanngar lampu isyarat..
kalau tak kita di saman..
kita patuhinya..kerana takut
Dan cuba kita fikir bos kita yang sebenarnya iaitu pencipta kita...
Pemberi rezeki pada kita...
Tapi adakah kita takut padaNya
Kita pasti kita cakap kita takut

Akan tetapi kita sering buat apa yang ditegah...
Betul tak???
Teruknya diri kita nie..
hinanya kita nie
Tapi
Undang-undang manusia lebih kita takut sebenarnya....

Selasa, 2 Februari 2010

Wanita- Untungnya Wanita

Sabda Nabi SAW..."apabila seorang wanita membersihkan pakaian suaminya, maka Allah mencatat seribu kebaikan dan mengampuni 2 ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya dan Allah mengangkatnya seribu darjat untuknya.....Riwayat Muslim