Selasa, 26 April 2011

Bola Tampar - Alhamdulillah...

Syukur...kupanjatkan ke hadrat Ilahi....atas kemenangan pasukan bola tampar CBEST!!!
Lelaki Johan manakala perempuan Tempat ke-3..

Penat-lelah kalian dalam memperjuangkan maruah sekolah amat cikgu kagumi..

Kekalahan pasukan perempuan bukanlah kekalahan yang menyedihkan malah cikgu bangga kerana kamu semua berhempas pulas demi CBEST..cuma rezeki tidak berpihak kepada kita.. namun ingat, kita dah berusaha dan redhalah kita pada ketentuanNya.. Tahniah kepada pasukan lelaki yang bertungkus lumus 3 games mengalahkan SMK Mak Lagam.. dan tahniah pasukan wanita, kerana walaupun kalah dengan SMK Mak Lagam..namun anda kalah dengan mata yang hampir...27-26, 17-25, dan 16-17.. Syabas pelajar-pelajar sekalian..cuma harapan cikgu...walaupun aktif bersukan ingatlah PMR dan SPM bakal menjelma...tetap study dan mengulangkaji pelajaran...Chayuk2 untuk OTI nanti