Isnin, 6 Disember 2010

Zikrullah

Sesungguhnya iman adalah di antara harapan dan ketakutan...

Rasululullah SAW pernah bersabda....
" Barangsiapa yang didapati padanya 4 perkara,nescaya ia akan memperoleh segala kebaikan di dunia dan akhirat.."
Pertama: Lidah yang sentiasa dibasahi dengan berzikir
Kedua : Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur
Ketiga: Anggota2 tubuh yang sentiasa menahan penderitaan
Ke- 4 : isteri yang tidak mengkhianati maruah suami dan harta bendanya.


Zikir dapat membersihkan hati yang kotor, terutamanaya jika ibadat itu ikhlas dan pencapaian ikhlas pula bergantung pada hati yang jernih dan suci.
Zikir terbahagi kepada dua iaitu:
(1) Zikir dengan lidah
(2) Zikir dengan hati

Fikir sesaat adalah lebih utama daripada ibadat 70 tahun. Zikrullah pula 700 ribu kali lebih utama daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah...

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

" Aku nasihatkan mu hendaklah bertaqwa kepada Allah kerana ianya sumber segala amalan. Utamakan bacaan Al-Quran dan zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menyebabkan nur di permukaan bumi. Perbicarakanlah yang baik2 dan senyap nescaya syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong tentang urusan agamamu. Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya dari wajahmu akan terlenyap. Utamakanlah jihad kerana itu kebanggaan umatku. Hendaklah mengasihani orang2 miskin dan menggauli mereka. dan perhatikanlah keadaan mereka yang rendah daripadamu.Jangan sekali-kali memerhatikan mereka yang lebih tinggi daripadamu kerana dengan ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat Allah yang dianugerahkan kepadamu. Hendaklah mengukuhkan silaturrahim dengan kaum kerabat walaupun mereka memutuskan perhubungan denganmu. Hendaklah berbicara benar walaupun pahit. Jangan sekali-kali menghiraukan para pencela mengenai urusan-urusan agama Allah. Carilah keaiban dirimu sendiri dan janganlah menghebohkan aib orang lain. Janganlah sesekali memurkai orang atas keburukan yang terlibat dalam dirimu sendiri. Wahai Abu zar, tiada kebijaksanaan yang lebih bernilai daripada tindakan yang sewajarnya,sebaik-baik taqwa ialah menjauhi larangan dan tidak ada kemuliaan yang setimpal dengan akhlak yang sempurna