1. Kebenaran itu sesuatu yang azali dan membetulkan kembali juga satu kebenaran. dan ia adalah lebih baik daripada terus-menerus hanyut dalam kesalahan.
2. Hendaklah difahami benar apa yang menggoda hatimu yang tidak terdapat dalam kitabullah dan Sunnah Rasulullah Saw. Ketahuilah mana-mana yan g serupa dan sama dan ukurlah semua itu mengikut persamaannya. Kemudian ambillah yang paling dekat dengan ketentuan Allah swt yang paling menyamai kebenaran.
3. Bagi yang mengaku berhak yang sudah jelas atau tidak jelas, buatlah had waktu yang terakhir. Jika beliau berjaya membawa buktinya, kembalikan haknya, jika tidak, jatuhkan hukuman pada dirinya. Kerana ini semua akan menghilangkan keraguan dan menjelaskan apa yang keliru.
4. Kaum muslimin adalah sama antara satu sama lain, kecuali yang terkena hukum atau tebukti membuat penyaksian palsu atau orang yang dicurigai kekerabatannya atau keturunannya. Allah SWT mengetahui segala rahsia dan menolak dengan bukti dan sumpah.
5. Jangan sekali-kali kamu merasa gelisah, jemu atau merasa terganggu kerana pertengkaran dan bersembunyi saat terjadinya pertengkaran. Kebenaran berada pada titik kebenaran dan Allah SWT akan memberi pahala yang besar dan dalam ingatan yang terpuji. Sesiapa yang mengikhlaskan niatnya,memadailah Dia sebagai yang berada di tengah - tengah mereka. Barangsiapa berpura-pura sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui tentang itu semua. Dia akan membuatnya menjadi manusia yang hina. Apakah anggapan kamu tentang balasan Allah mengenai rezeki yang diberikanNya di dunia ini serta rahmat yang melimpah ruah...
6. Surat nasihat kepada yang melakukan kesilapan:
Daripada Umar Al Khattab kepada fulan bin fulan. Assalamualaikum wbt..
Aku memuji kebesaran Allah swt yang tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.
Kemudian beliau mendoakan keamanan orang yang berada bersamanya, mengajaknya menerima ketuhanan Allah SWT dan bertaubat kepadanya..
'Orang yang mengampunkan dosa.Sesungguhnya Allah telah berjanji untuk menerima taubatku. Dia maha Menerima taubatku. Dia Maha Menerima taubat dan Maha Berat Azabnya. Allah SWT telah mengingatkan kepadaku bahawa kurnianya melimpah-ruah dan kepadaNya tempat kembali" Kemudian lelaki itu menangis dan kembali ke jalan yang benar dengan azam yang padu.
Apabila berita itu sampai kepada Umar, beliau berkata " Itulah yang perlu kamu lakukan. Jika kamu melihat saudaramu melampaui batas, halang dan tegurlah dia. Ajaklah dia untuk bertaubat kepada Allah dan jangan kamu menjadi pembantu kepada syaitan yang berada dalam tubuhnya..
7. Surat kepada Muawiyah:
"Amma Ba'du : Beriltizamlah dengan kebenaran yang berada di tanganmu. Kebenaran aka cenderung kepada orang yang benar pada hari yang tidak akan terlaksana apa-apa kecuali kebenaran. Wassalam."
8. Surat kepada Abu Musa
" Sesungguhnya manusia sentiasa memerlukan manusia yang lain. Muliakanlah wajah manusia dan hidupkan orang-orang Islam yang lemah dengan keadilan dan pemberian."
9. Surat kepada Abu Ubaidah :
" Daripada hamba Allah, Umar Amir Al Mukminin kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah. Salam Sejahtera ke atas kamu.
Amma ba'du : Sesungguhnya bantuan Allah tidak akan berterusan kecuali dengan ikatan pemikiran yang baik dan jauh dari keghairahan, serta jangan takut kepada cacian kerana Allah SWT.
10. Surat kepada Sa'ad bin Abi Waqas:
" Sesungguhnya apabila bertemu musuh teruslah menyerang mereka. Buanglah segala keraguan yang ada dan gantikan ia dengan keyakinan."
"Sesungguhnya belot terhadap kesetiaan itu selalu berlaku dan tersalah dengan amanah itu akibatnya kehancuran.