Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nasihat. Papar semua catatan

Khamis, 19 Januari 2012

Petua Cinta Sejati - Suburkanlah ia dengan iman

Pernahkah kita dicintai seseorang bagai nak gila...hehe..tidak mengapa..bersyukurlah kerana ada insan yang masih mencintai kita...

Pernahkah kita mencintai sesorang bagai nak gila...tapi malangnya dia cintakan sahabat baik kita sendiri....

Pernahkah kita berkorban demi melihat sahabat kita gembira tetapi hati kita menangis melihat mereka bahagia bersama 

Pernahkah kita menerima saja seseorang hadir dalam hidup kita lantas kekecewaan lalu dengan harapan sidia ialah Mr Right kita...

Pasti pernah...bukan...?

Apapun,, semoga kita semua bangun setelah jatuh...bangkit setelah kecewa, gembira setelah menangis...

Sama-samalah kita ikuti petua ini:
1. Perhatikan sidia...menepati impian kita...beragamakah, solat cukupkah, merokok kah..pemarahkah..dan carilah yang sesuai dngan kita...
2.Jangan terburu-buru...istikharahlah dulu yea...
3.Banyak bersabar dalam perhubungan..tutup mulut dan berahsialah serta percaya dan terima kelemahan dan dirinya seadanya.
4.Berbincang setiap kali ada masalah...jangan pendam2 jer
5.Andai ada dugaan...mungkin kekasih dalam diam anda muncul...lupakan saja...ingat ..ada sudah istikharah dan membuat keputusan...berterus-teranglah akan status anda...ini lebih jujur dan ikhlas.
6. Sayangilah cinta sejati kita...syukur dan hargailah pasangan kita..InsyaAllah, kebahagiaan sentiasa menyelubungi kita dan pasangan kita. Amin  

Ahad, 15 Januari 2012

Allah is the best judge


Allah is the best judge

Ada seorang anak ini sedang melihat ibunya menyulam corak pokok dan tumbuhan.Kalau sudah namanya sulaman, faham2 sajalah, corak di belakangnya pasti serabut..Si anak bertanya, "ibu sedang buat apa?" si ibu menjawab, "ibu sedang buat kerja ibu, adik buatlah kerja adik ye.pergi bermain sana.".Lalu si anak pergi bermain,kemudian si anak datang lagi dan bertanya lagi.Si ibu tetap memberikan jawapan yang sama.
Selepas sulaman itu siap, si ibu memanggil anaknya "nak, inilah yang ibu buat tadi."Si anak membalas, "Wahhh ! cantiknya ibu buat.tapi kenapa tadi nampak berserabut?" Dengan tenang ibunya berkata, "Hidup kita kadang2 macam benang yang berserabut ini..Tapi ingatlah, Allah telah menyediakan kehidupan yang indah disebaliknya jika kita berusaha untuk mendapatkan rahmatnya."

Khamis, 22 Disember 2011

HALWA MATA :)

Jangan cepat menilai orang lain melalui pandangan mata kasar semata-mata. selagi kita belum berkongsi rasa sehidup semati dengannya, duduk semeja denganya, melihat airmata dan tawa riangya. yang buruk belum tentu tak berguna, yang baik belum tentu berguna, jadi sentiasalh bersangka baik kepada orang lain. (^_^)

Rabu, 19 Oktober 2011

10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Jadi, anda tunggu apa lagi?
Sebarkan!
Biar semua orang tahu!

Khamis, 10 Februari 2011

Mengapa??

Mengapa Kau berfikir begitu?

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia....
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih....
Allah SWT sudah menghitung air matamu.

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa
berjalan begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersamamu.

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak
berbuat apa lagi...
Allah SWT sudah punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk
menelpon...
Allah SWT selalu berada disampingmu

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang...
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya
dan Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu
kelak.

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang, namun kau tahu cintamu tak
terbalas...
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu dan Dia sedang mempersiapkan segala
yang terbaik untukmu.

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan. ....
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap
syukur....
Allah SWT telah memberkahimu

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. ..
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi....
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... .
Allah SWT Maha Mengetahui. munajjat.blogspot.com

Ahad, 30 Januari 2011

Nasihat ibnu Qayiim

Nasihat Ibnu Qayyim
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima
kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan
dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali
Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali
berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan
suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar
sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan
kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.. . . Andai
dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat
hati si hamba itu.
Wassalam

Petikan dari Mimi Topix

Isnin, 6 Disember 2010

Zikrullah

Sesungguhnya iman adalah di antara harapan dan ketakutan...

Rasululullah SAW pernah bersabda....
" Barangsiapa yang didapati padanya 4 perkara,nescaya ia akan memperoleh segala kebaikan di dunia dan akhirat.."
Pertama: Lidah yang sentiasa dibasahi dengan berzikir
Kedua : Hati yang sentiasa sibuk dengan bersyukur
Ketiga: Anggota2 tubuh yang sentiasa menahan penderitaan
Ke- 4 : isteri yang tidak mengkhianati maruah suami dan harta bendanya.


Zikir dapat membersihkan hati yang kotor, terutamanaya jika ibadat itu ikhlas dan pencapaian ikhlas pula bergantung pada hati yang jernih dan suci.
Zikir terbahagi kepada dua iaitu:
(1) Zikir dengan lidah
(2) Zikir dengan hati

Fikir sesaat adalah lebih utama daripada ibadat 70 tahun. Zikrullah pula 700 ribu kali lebih utama daripada membelanjakan sesuatu pada jalan Allah...

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

" Aku nasihatkan mu hendaklah bertaqwa kepada Allah kerana ianya sumber segala amalan. Utamakan bacaan Al-Quran dan zikrullah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menyebabkan nur di permukaan bumi. Perbicarakanlah yang baik2 dan senyap nescaya syaitan akan terhindar darimu dan kamu akan ditolong tentang urusan agamamu. Janganlah sekali-kali banyak ketawa kerana dengan itu hatimu akan mati dan cahaya dari wajahmu akan terlenyap. Utamakanlah jihad kerana itu kebanggaan umatku. Hendaklah mengasihani orang2 miskin dan menggauli mereka. dan perhatikanlah keadaan mereka yang rendah daripadamu.Jangan sekali-kali memerhatikan mereka yang lebih tinggi daripadamu kerana dengan ini kamu tidak dapat mensyukuri nikmat Allah yang dianugerahkan kepadamu. Hendaklah mengukuhkan silaturrahim dengan kaum kerabat walaupun mereka memutuskan perhubungan denganmu. Hendaklah berbicara benar walaupun pahit. Jangan sekali-kali menghiraukan para pencela mengenai urusan-urusan agama Allah. Carilah keaiban dirimu sendiri dan janganlah menghebohkan aib orang lain. Janganlah sesekali memurkai orang atas keburukan yang terlibat dalam dirimu sendiri. Wahai Abu zar, tiada kebijaksanaan yang lebih bernilai daripada tindakan yang sewajarnya,sebaik-baik taqwa ialah menjauhi larangan dan tidak ada kemuliaan yang setimpal dengan akhlak yang sempurna

Rabu, 16 Jun 2010

Sifat Negatif Lelaki dan Perempuan yang Amat Perlu Dijauhi

1. KEDEKUT
2. RIAK
3. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
4. TIDAK MENJAGA HATI ATAU TIDAK BERHATI PERUT
5. TIDAK BERTOLAK-ANSUR
6. TIDAK MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI
7. SOMBONG
8. TAKABUR
9. DENDAM
10.PEMARAH
11.TIDAK SABAR
12.TAK BERUSAHA
13.MUDAH PUTUS ASA
14.DENGKI KHIANAT
15.TIDAK BERSYUKUR