Selasa, 22 Julai 2014

Alhamdulillah, Muhammad Irfan Assauqi...

Syukur alhamdulillah....
Muhammad Irfan Assauqi selamat dilahirkan pada 26 jun 2014...
Genap abangnya Muhammad Arif Abqari berumur 1 tahun 3 bulan (lahir pada 25 Mac 2013) maka lahirlah Irfan pada hari khamis jam 1.00 tengahari, hari JDT menang bola..

Sesungguhnya,, berbeza dengan abangnya..Arif yang dilahirkan cukup bulan 38 minggu 5 hari.. Irfan lahir pada usia kandunganku baru 30 minggu 3 hari.. Tanda-tanda bersalin sama..cara pun sama menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Aminah, dan kelahiran normal.. cuma sakit yang berbeza.. Apapun aku bersyukur kepada Ilahi, kerana anakku selamat dilahirkan..

Kini genaplah 27 hari irfan dilahirkan dan hari ini Irfan sudah dikeluarkan dari inkubator.. beratnya telah bertambah daripada 1.3 kepada 1.53 kg, dan tidak perlu memakai alat bantuan pernafasan lagi, alhamdulillah..

Seperti biasa, aku berpantang,... x tahannya... nak makan juadah bazar ramadan pun tak boleh..
dan lebih dahsyat,  dah 24 hari aku tak berpuasa.. alamatnya lepas ni kena qadak lah... Moga aku kuat menunaikannya..

Kepada suami tercinta, terima kasih kerana banyak membantu dan menjagaku.. begitu juga mak dan abah..serta adik2..

Adikku ana banyak membelikanku ikan..almaklumlah, suamiku ni x berapa mengenal ikan.. apapun banyak yang dipelajarinya selepas lahirnya anak kedua kami ni...

Aku seperti biasa meneruskan rutinku mengepam susu.. Alhamdulillah, medela swing maxi banyak membantuku.. jika tidak, memerah dengan tanganlah dan sakitlah tangan n tengkuk jawabnya..

Kini, tanggungjawab kami semakin bertambah... Ya Allah, bantulah kami dalam menjaga dan memelihara amanahMu ini.. semoga kami menjadi insan yang mithali, sabar dan penyayang dalam mendidik permata kami ini...

Alhamdulillah

Gambarku dengan arif...ketika ini Arif baru 4 bulan..