Jumaat, 9 September 2011

Keluarga Tercinta...



Alhamdulillah, tahun ini, kali pertamaku dan keluarga beraya bersama dua orang baru, iaitu dua adik iparku, Asni dan Zulfiqar...Syukur..

Meraikan Aidilfitri pada tahun ini secara bersederhana memandangkan perlu menghantar adinda Shikin ke KLIA untuk menyambung pengajian Ijazah di Canada yang hanya tinggal setahun saja lagi...

Di Ampang...kami tidak melepaskan peluang untuk mandi di Air Terjun Bukit Belacan..Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam yang penuh indah ini...

Semoga Allah Al-Wahab merahmati dan mengurniakan kesihatan yang baik buat keluarga baru kami dan selamat datang buat adik2 iparku yang disayangi..dan bakal anak saudaraku...hihi.. Amin..