Jumaat, 17 Jun 2011

HASAD DENGKI , GILA DUNIA , SOMBONG BONGKAK PEROSAK SEGALANYA

Assalamualaikum....semua pembaca blog ku...
Ketenangan dan kebahagiaan sukar diperolehi kerana sesungguhnya ia adalah satu perkara yang maknawi dan bersifat rohaniah....

Jika kita tiada kebahagiaan maka sesungguhnya hidup kita dalam kepura-puraan..
Gila dunia, rasa senang sesungguhnya hanya lahiriah dan bukan penentu kepada kebahagiaan dan ketenangan..

Hasad dengki...sombong dan bongkak sesungguhnya adalah satu sifat yang perlu dijauhi kerana sesungguhnya ia adalah perosak hati dan mengeruhkan sinar cahaya pada wajah kita.....