Sabtu, 19 April 2025

Penyakit Ain by Pn Marhamah Rosli

  1️⃣ Saya terpanggil untuk menulis tentang isu ini kerana sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes 'mistik' yang dirujuk kepada saya. Padahal saya ini bukan siapa-siapa pun 😒 tapi apabila diamati latar belakang semua kes, dan merujuk kepada sahabat-sahabat dan guru-guru yang lebih arif dan berpengalaman, ternyata ia adalah penyakit 'ain.


Tidak sedikit suami yang terkena penyakit' ain kerana isteri. Begitu juga anak-anak terkena 'ain berpunca daripada ibu sendiri. Ada 1 kes tu, sampai ke hari ini kalau saya ingat, ya Allah.. memang akan mengalir air mata 😒 sedih sangat keadaan anaknya πŸ˜₯


Ramai orang hanya suka highlight tentang sihir. Tapi rupanya, orang sebelah sendiri jadi punca sampai kita terkena 'ain πŸ˜” Ntahlah, dunia FOMO sekarang ni buatkan kita ni sangat tidak berhati-hati. Tidak faham juga melihat behaviour manusia yang semakin pelik. Kalau pelik sendiri-sendiri tidak apa. Ini sampai menjadi mudarat untuk ahli keluarga sendiri πŸ™


Bayangkan sesuatu yang kita banggakan tiba-tiba menjadi musibah. Nikmat yang kita sayangi perlahan-lahan hilang tanpa sebab. Semua ini boleh terjadi akibat penyakit 'ain.


Penyakit 'ain ni bukan mitos. Ya, mungkin kita ni Moden dan terlalu berteknologi, tapi tolong jangan abaikan pesan-pesan Rasulullah SAW. Tolong ambil serius πŸ˜₯


Rasulullah SAW sudah lama bagi amaran:


"Ain itu benar, dan jika ada sesuatu yang mendahului takdir, maka itu adalah ain." (Riwayat Muslim).


2️⃣ Penyakit 'ain ini macam musuh dalam diam. Kita tidak nampak dia datang, tapi kita rasa kesannya. Pernahkah kita terfikir kenapa hubungan dengan pasangan tiba-tiba tegang? Anak yang sihat tiba-tiba jatuh sakit tanpa sebab? Rezeki yang dulu lancar, tiba-tiba tersekat?


"takdir bah tu"..


Betul takdir, tapi benda boleh elak. Rasulullah SAW siap warning. Maka kita perlu alert. Tapi begitulah manusia. Tidak mahu ditegur dan merasa selesa dengan perbuatan. Tidak mahu berubah. 


Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Kebanyakan yang mati daripada umatku setelah ketentuan Allah dan takdir adalah kerana ain."

(Hadis Riwayat Al-Bazzar, disahihkan oleh Al-Albani)


Ramai yang sangka penyakit ain hanya berpunca daripada hasad dengki. Tapi hakikatnya, ain boleh berlaku daripada apa sahaja emosi yang melampaui batas. Contoh.. terlalu kagum, terlalu sayang, atau terlalu kasihan. Semua ini, kalau tidak diimbangi dengan kebergantungan kepada Allah, boleh mendatangkan mudarat. Sangat-sangat mudarat! πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯


Allah tidak suka kita melampau terhadap makhluk. Walaupun kita kagum dengan kecantikan seseorang, bangga dengan kejayaan mereka, atau tersentuh dengan ujian mereka, libatkan Allah dalam setiap perasaan itu. Ucapkan MasyaAllah, Tabarakallah setiap kali hati kita tersentuh. Kerana tanpa Allah, perasaan yang berlebihan boleh membuka ruang kepada ain, walaupun kita tidak berniat buruk.


Bayangkan sekali lagi.. Nikmat yang Allah bagi; pasangan yang penyayang, anak yang cemerlang, rezeki yang melimpah.. hilang begitu saja. Bukan kerana sihir, bukan kerana takdir, tetapi kerana kita sendiri lalai menjaga adab terhadap nikmat itu. πŸ˜”


Adakah kita mahu menunggu semuanya hilang baru kita mula menyesal? Atau kita mahu berubah sekarang, sebelum terlambat?


OK. Panjang sudah saya membebel😌 sekarang jom kita tengok 5 kebiasaan/aktiviti yang selalu menjadi pintu kepada penyakit ain. Sudah sampai masanya kita hentikan normalisasi ini. Jangan biarkan ain merosakkan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita 🀲🀲🀲


3️⃣


πŸ“Œ 1. Menunjuk kebahagiaan secara berlebihan


Rasulullah SAW bersabda:

"Mintalah pertolongan atas segala hajat kalian dengan merahsiakannya, kerana setiap orang yang memiliki nikmat akan ada yang dengki kepadanya."

(Hadis Riwayat Al-Tabarani)


Manusia zaman sekarang sering terjebak dengan keperluan untuk "update" semua yang berlaku dalam hidup, terutamanya perkara membahagiakan. Setiap hadiah daripada pasangan, percutian mewah, atau pencapaian kecil dikongsi tanpa fikir panjang. Kita lupa, tidak semua yang melihat itu mampu menerima kebahagiaan kita dengan hati yang lapang. Ada yang sedang diuji dengan pasangan yang bermasalah, ada yang sedang berjuang melawan kesusahan.


Ini nasihat untuk diri saya.. Kalau ada sahabat yang mahu ambil nasihat ini untuk nasihat diri sendiri, silakan. Semoga ada manfaatnya. Bahagia itu pinjaman daripada Allah. Kalau kita tidak menjaga adab dalam mensyukurinya, ia boleh menjadi asbab hilangnya nikmat itu. Bayangkan kebahagiaan yang kita banggakan perlahan-lahan berubah menjadi musibah hanya kerana kita lalai menjaga privasi.


Terlalu terdedah. Semua mahu bagitau. Semua mahu expose 😒 bayangkan makanan yang tidak ditutup. Lalat hinggap, dan ada risiko tercemar kerana telur lalat. Akhirnya siapa yang makan, boleh kena mudarat. Begitulah perumpamaannya bila kita terlalu mendedahkan kehidupan kita πŸ˜”



4️⃣


πŸ“Œ 2. Kongsi kejayaan tanpa hikmah


Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila salah seorang kamu melihat sesuatu yang mengagumkan pada dirinya atau pada saudaranya, maka ucapkanlah: 'Allahumma barik fiha' (Ya Allah, berkatilah nikmat itu)."

(Hadis Riwayat Ahmad)


Zaman sekarang, kejayaan sering dijadikan bahan untuk dipamerkan. Slip gaji, pencapaian anak, kejayaan bisnes. semua mahu dikongsi (saya lah tu 😭😭😭). Kadang-kadang, niat asal kita hanyalah mahu meraikan kejayaan atau memberi inspirasi. Tetapi, tanpa disertakan hikmah dan pengajaran, perkongsian itu boleh mengundang iri hati orang lain atau menjadi ujian kepada kita sendiri. Bahkan seperti saya explain di atas, kalau orang terlebih kagum pun boleh jadi punca 'ain 😒


Ini adalah nasihat untuk diri saya. Kejayaan adalah rezeki daripada Allah, amanah untuk kita pelihara dengan penuh syukur. Bayangkan jika rezeki yang kita banggakan hilang begitu sahaja, bukan kerana takdir semata-mata, tetapi kerana kita sendiri lupa menjaga adabnya. Kita terlalu sibuk mahu "show off" hingga lupa bahawa Allah boleh menarik rezeki itu bila-bila masa.


Terlalu terbuka. Semua mahu tunjuk. Semua mahu viral. Sama seperti memegang gelas kaca yang indah tetapi fragile; satu langkah tersilap, ia boleh pecah berderai. Begitulah kejayaan jika tidak dijaga dengan hikmah dan doa keberkatan.


5️⃣


πŸ“Œ 3. Pamerkan kecantikan atau fizikal berlebihan


Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya penyakit ain itu benar, ia dapat memasukkan seseorang ke dalam kubur dan memasukkan unta ke dalam periuk masakan."

(Hadis Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani)


Kecantikan adalah nikmat, tetapi ia juga ujian. Dalam dunia media sosial, selfie dengan solekan yang indah memukau pandangan, gambar tubuh langsing selepas bersenam, atau gaya hidup glamor sering menjadi trend. Kita fikir kecantikan itu hak kita, tetapi ramai lupa bahawa pandangan mata yang kagum tanpa doa keberkatan boleh membawa mudarat besar. bukan hanya kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang yang melihat.


Ini juga peringatan untuk diri saya. Allah yang memberi kecantikan, dan Allah yang boleh mengambilnya semula. Jangan terlalu terbuka hingga lupa menjaga aurat, lupa menjaga privasi. Bayangkan kecantikan yang kita banggakan menjadi punca kita ditimpa ujian. Sakit yang tidak jelas puncanya, hubungan yang tiba-tiba tegang, atau hidup yang semakin tidak tenang. semua ini boleh berlaku akibat ain.


Terlalu terbuka. Semua mahu nampak cantik. Semua mahu dilihat sempurna. Tapi seperti bunga yang terlalu lama dijemur matahari, kecantikan itu akhirnya layu dan hilang. Begitulah kecantikan yang tidak dijaga dengan privasi dan adab yang sewajarnya πŸ˜”


Oh ya.. Kagum melihat kecantikan diri sendiri juga boleh menjadi punca ain ya 😌


Rasulullah SAW bersabda:

"Jika salah seorang dari kalian melihat sesuatu yang mengagumkan pada dirinya sendiri atau hartanya, maka hendaklah dia mendoakan keberkatan untuk dirinya sendiri, kerana ain itu benar."

(Hadis Riwayat Ibn Sunni, disahihkan oleh Al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith as-Sahihah no. 1426)