Hari ini dalam sejarah...
Aku diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang selepas 13 tahun..
Kini, aku mengajar di SMK Ayer Baloi...
Selepas berkahwin, aku berpindah ke negeri tumpah darahku Negeri Johor..
Sebelum ini, aku mengajar di SMK Ceneh Baru 2005 hgga 2013
APC kali pertama aku terima pada thn 2010. Aku memang tak sangka aku dapat.. Ya mmg aku akui..aku sgt aktif memandangkan aku bujang. Aktif Bola Tampar, Aktif Olahraga, Aktif Guru Silat @ Wasit Juri, Aktif sebagai Guru Penyelaras Nilam, Aktif sebagai Waden Asrama dan selalu jadi Pengawas SPM. Namun selepas aku sakit akibat sihir, aku dah kurang aktif dan lebih suka menyendiri. Tahun 2012, aku dipertemukan dengan suamiku.. dan kami bernikah..
Aku dan suami dikurniakan 2 cahaya mata lelaki.. 3 org gugur. Aku sgt komited dgn kerja yg kubuat. Aku menjawat Setiausaha PT3 lebih kurang 5 tahun. Pada 2016, aku memohon menjadi Guru Cemerlang, MasyaAllah, aku berjaya. 2017 aku mendapat pemangkuan GC dan sah pelantikan 2018. Aku bergiat aktif sebagai guri cemerlang, membuat inovasi pembentangan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta antarabngsa secara maya dan secara bersemuka..
Banyak ujian, ujian kesihatan aku disahkan mengidap enemia autoimun...