Ahad, 28 Januari 2024
Jumaat, 5 Januari 2024
Majlis Persaraan Sahabatku @ Kak Mai
Rabu, 20 Disember 2023
Aku adalah aku
Aku Cikgu Shuhada..Alhamdulillah sehingga 2023 ni dah 19 tahun aku mengajar.. Syukur atas anugerah umur, kerjaya, suami,anak2 dan kesihatan.
Baru2 ni kesihatanku terganggu. Banyak duit dihabiskan untuk membeli ubat utk menaikkan hb ku.. aku redha dan pasrah..ikhtiar doktor ikhtiar tradisional pun aku buat..
Kerjaya..Guruku syukur..ank2 murid yg terbaik..
Kawan? Biasala..ada perangai masing2
Ada yg tak boleh ditegur, ada yg sentap selalu dan mcm2 perangai..
Satu ja..yg nak kawan aku accept
Yg nk unfren x kisah la..
Aku pasrah ja..
Ya Allah Yang Maha pengasih dan maha penyayang.. selawat dan salam buat rasul junjungan.. permudahkan la urusanku menuntut ilmu Pelajari Bahasa Al Quran dan mendidik pelajarku dalam Fizik dan Sains, bantula aku dan berikanla kejayaan kepadaku suamiku dalam bisnesnya dan kejayaan anak2ku dalam pelajarannya serta kejayaan kepada seisi keluargaku..
Bebaskan la Palestin Ya Allah.. hapuskan la Yahudi zionis
Allahummasolli 'ala Muhammad Wa 'ala Ali Muhammad.
Amiiin Ya Mujib
Rabu, 27 September 2023
ANUGERAH PERAK SEMINAR PENDIDIKAN FIZIK PERINGKAT KEBANGSAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia Nya daku mendapat Anugerah Perak untuk pembentangan Inovasi Physics Corner with Match it game di Seminar Pendidikan Fizik Peringkat Kebangsaan. Inovasi ini masih kurang daripada segi kajian tindakannya.. namun syukur. Memberi impak kepada minat dan keseronokan pelajar mempelajari Fizik.Insya Allah
Selasa, 4 April 2023
Pertandingan ANUGERAH GURU INOVASI
Alhamdulillah Syukur.
Tempat ke 3 Kategori Individu Sekolah Menengah.
Pertandingan Anugerah Guru Inovasi
Daerah Pontian.
Terima kasih suamiku dan keluargaku atas sokongan dan motivasi.
Terima kasih Pihak PPD atas penganjuran dan peluang ini.
Terima kasih kepada Tuan Pengetua sebelum ini atas sokongan meluluskan kertas kerja projek Fizik Raden Ismail Ibnrusydi , Puan Pengetua Pn Hjh Andik Radhiah binti A.Aziz yang memberi dorongan dan tunjuk ajar, Pentadbir yang menyokong, Pembantu2 Makmal yang rajin turun membantu mengecat lorong Fizik di cuti Bln 9 tahun lepas, En Rahman Menaga, En Aziz, Aliah Mansor , Sunieta Sarbini , Noryzan, Pelajar 5 Aminuddin Baki yang sangat supportif dan rajin membantu guru, Guru Fizik Fidah Mad, Guru PRT Cg Zul Bin Adam ( pembuatan Papan Tanda Physics Corner, dalam proses menyiapkan) Guru Kimia Shah Fiza (data SAPS) dan semua Guru2 yang menyokong usaha kami. Kejayaan ini kejayaan Anda semua..Melalui Physics Corner lahirlah Permainan Match It Game.. Lahirlah Inovasi.. Syukur Ya Allah..
Jumaat, 31 Mac 2023
MIGRAIN
Assalamualaikum..Alhamdulillah diberi kekuatan untuk solat tarawih dan brsahur dgn anak2 paling disayangi..walaupun suamiku di Selangor sbb kami PJJ, suami mencari nafkah di sana..suami tak lupa untuk berwasup dan mengejutkan. Dah 3 hari suamiku kejut..sbb sakit kpala migrain menyerang.. kalau tidak tak sahur la..Pagi tadi aku bgn awal. alhamdulillah..
Semasa kat UTM dlu selalu jga sakit kepala. Tapi tak la serius. Semasa dtg bln ja. Ni dah ada ank dua..datang balik migrain.. sampaikan terpitam kt makmal sains..termuntah jga.
Semoga kesakitan ini dapat menghapuskan segala dosa dosaku.. Semalam berbuka di rumah emak.. rindu masakan mak. Tapi tetap rasa sedih sebab teringat arwah abah. Sudah 8 tahun lebih abah meninggalkan kami. Rindu abah masak maggie dan goreng daging segar. Abah kan bekas tentera, selalu masuk hutan. Berdikari. Rindu abah dan sayang abah dunia akhirat.
Mak masak nasi ayam favourite ku dan anak2. Terima kasih mak. Sayang mak dunia akhirat.
Jumaat, 24 Mac 2023
Ramadan Al Mubarak 2023
Alhamdulillah, syukur. Khamis 23 Mac 2023, dapat berpuasa bersama suami dan anak2 yg sangat dicintai.
Masak rendang ayam dan ayam goreng sebagai menu sahur pastinya selera suamiku dan anak2..
Dan seperti biasa juga, suami dan anak2 jga diriku dah terbiasa makan kuih muih sahaja untuk berbuka puasa. Doakan kami kurus ya.
Hari ini 25 Mac Hari lahir anakku Muhammad Arif Abqari bin Amirul Syafiq.. Genap 10 tahun anakku. Janji nak berbuka KFC, tak nak kek katanya. Semoga anakku panjang umur murah rezeki dan berbahagia selalu, membesar menjadi anak yang soleh, menjadi penghafaz Al Quran dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.amiiin ya Mujib
Rabu, 15 Mac 2023
Pengetua Baruku
Alhamdulillah, pengetua baru Pn Hjh Andik Radhiah bt A.Aziz..sudah melapor diri di sekolah kami SMK Ayer Baloi. Penantian kami smua dah terjawab. Seorang pengetua yang penuh karisma dan anggun di mataku. Aku suka melihat guru atau pengetua tapi aku memang tak nak jadi pengetua..Hahahaha.. sebab tula aku ni mohon Guru Cemerlang dengan harapan GC tu kekal smpai pencen.
Rupanya tidak...GC ni kena mohon dan mohon dan perlu banyak komitmen agar title GC tu sentiasa seiring dengan kejayaan demi kejayaan, kecemerlangan demi kecemerlangan.
Tahun depan aku timebased.. dan sudah 2x memohon GC 52 tapi tidak berjaya. Rezeki tak berpihak kepadaku, apapun, rezeki lain pasti ada.. in shaAllah..
Isnin, 28 November 2022
Rasa Tidak Dihargai
Rabu, 16 Februari 2022
Ahad, 20 Jun 2021
Sabtu, 18 April 2020
Ahad, 4 Ogos 2019
Aeon Bukit Indah
So.. jalan2la..dapat la pen merah 2batang. Teman adik n mak beli kasut.. pastu mak pla nak Belanja Kami. Semoga murah rezeki mak, panjang umur Dan Dalam rahmat Allah selalu.. Amiiin..
Rabu, 31 Julai 2019
Idham, semoga Idham berjaya Di dunia Dan akhirat
Rabu, 29 Mei 2019
Ahad, 26 Mei 2019
Selasa, 4 Disember 2018
Young Living produk essential oil terbaik
Isnin, 3 Disember 2018
Kepulangan adik yang dirindui..Muhammad Idham b.Abd Hamid
Sesungguhnya,emak amat gembira walaupun sbenarnya sekiranya arwah abah masih Ada..pasti akan lebih gembira lagi..Harapan Dan doaku, semoga Idham berjaya mencapai cita2 yang diimpikan di dunia Dan di akhirat.. amiiin
Isnin, 14 Mei 2018
Luahan Hati
Siapakah kawan siapakah lawan..
siapakah musuh siapakah sahabat..
Pasti...tiada siapa yang tahu...
Rambut sama hitam...senyuman mampu diukir..
Hati??
tak siapa tahu
Sedih..
Tidak....Hanya Allah tempat mengadu..
Tak perlu menangis untuk orang yang tidak mahu berkawan..
Kemaafan dah dipohon tetapi bibit pergaduhan yang dicari..
Jadi..
apa tunggu lagi,,
Let it go!!!
Hati....
Bersabarlah..
Ada suami yang menyayangi...ada anakanda2 yang mengharapkan kasih dan belaian..ada ibu dan adik2 yang mengerti...
Biarkan anasir yang mengganggu hidupmu...
Tinggalkan mereka...
Siapa mereka untuk kau kisahkan.......
Abaikan mereka...
Ya Allah...Lindungilah kami sekeluarga...dari Fitnah manusia dan Dajal..
Amiiin ya rabbal alamin







































