Rabu, 20 Disember 2023

Aku adalah aku

 Aku Cikgu Shuhada..Alhamdulillah sehingga 2023 ni dah 19 tahun aku mengajar.. Syukur atas anugerah umur, kerjaya, suami,anak2 dan kesihatan.

 Baru2 ni kesihatanku terganggu. Banyak duit dihabiskan untuk membeli ubat utk menaikkan hb ku.. aku redha dan pasrah..ikhtiar doktor ikhtiar tradisional pun aku buat..

Kerjaya..Guruku syukur..ank2 murid yg terbaik..

Kawan? Biasala..ada perangai masing2

Ada yg tak boleh ditegur, ada yg sentap selalu dan mcm2 perangai..

Satu ja..yg nak kawan aku accept 

Yg nk unfren x kisah la..

Aku pasrah ja..

Ya Allah Yang Maha pengasih dan maha penyayang.. selawat dan salam buat rasul junjungan.. permudahkan la urusanku menuntut ilmu Pelajari Bahasa Al Quran dan mendidik pelajarku dalam Fizik dan Sains, bantula aku dan berikanla kejayaan kepadaku suamiku dalam bisnesnya dan kejayaan anak2ku dalam pelajarannya serta kejayaan kepada seisi keluargaku.. 

Bebaskan la Palestin Ya Allah.. hapuskan la Yahudi zionis

Allahummasolli 'ala Muhammad Wa 'ala Ali Muhammad.

Amiiin Ya Mujib

Rabu, 27 September 2023

ANUGERAH PERAK SEMINAR PENDIDIKAN FIZIK PERINGKAT KEBANGSAAN

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia Nya daku mendapat Anugerah Perak untuk pembentangan Inovasi Physics Corner with Match it game di Seminar Pendidikan Fizik Peringkat Kebangsaan. Inovasi ini masih kurang daripada segi kajian tindakannya.. namun syukur. Memberi impak kepada minat dan keseronokan pelajar mempelajari Fizik.Insya Allah








Selasa, 4 April 2023

Pertandingan ANUGERAH GURU INOVASI

 Alhamdulillah Syukur.

Tempat ke 3 Kategori Individu Sekolah Menengah. 

Pertandingan Anugerah Guru Inovasi 

Daerah Pontian.

Terima kasih suamiku dan keluargaku atas sokongan dan motivasi.

Terima kasih Pihak PPD atas penganjuran dan peluang ini.

Terima kasih kepada Tuan Pengetua sebelum ini atas sokongan meluluskan kertas kerja projek Fizik Raden Ismail Ibnrusydi , Puan Pengetua Pn Hjh Andik Radhiah  binti A.Aziz yang memberi dorongan dan tunjuk ajar, Pentadbir yang menyokong, Pembantu2 Makmal yang rajin turun membantu mengecat lorong Fizik di cuti Bln 9 tahun lepas, En Rahman Menaga, En Aziz, Aliah Mansor , Sunieta Sarbini , Noryzan, Pelajar 5 Aminuddin Baki yang sangat supportif dan rajin membantu guru, Guru Fizik  Fidah Mad, Guru PRT Cg Zul Bin Adam  ( pembuatan Papan Tanda Physics Corner, dalam proses menyiapkan) Guru Kimia Shah Fiza (data SAPS) dan semua Guru2 yang menyokong usaha kami. Kejayaan ini kejayaan Anda semua..Melalui Physics Corner lahirlah Permainan Match It Game.. Lahirlah Inovasi.. Syukur Ya Allah..








Jumaat, 31 Mac 2023

MIGRAIN

 Assalamualaikum..Alhamdulillah diberi kekuatan untuk solat tarawih dan brsahur dgn anak2 paling disayangi..walaupun suamiku di Selangor sbb kami PJJ, suami mencari nafkah di sana..suami tak lupa untuk berwasup dan mengejutkan. Dah 3 hari suamiku kejut..sbb sakit kpala migrain menyerang.. kalau tidak tak sahur la..Pagi tadi aku bgn awal. alhamdulillah..

       Semasa kat UTM dlu selalu jga sakit kepala. Tapi tak la serius. Semasa dtg bln ja. Ni dah ada ank dua..datang balik migrain.. sampaikan terpitam kt makmal sains..termuntah jga. 

      Semoga kesakitan ini dapat menghapuskan segala dosa dosaku.. Semalam berbuka di rumah emak.. rindu masakan mak. Tapi tetap rasa sedih sebab teringat arwah abah. Sudah 8 tahun lebih abah meninggalkan kami. Rindu abah masak maggie dan goreng daging segar. Abah kan bekas tentera, selalu masuk hutan. Berdikari. Rindu abah dan sayang abah dunia akhirat.

      Mak masak nasi ayam favourite ku dan anak2. Terima kasih mak. Sayang mak dunia akhirat.

Jumaat, 24 Mac 2023

Ramadan Al Mubarak 2023

     Alhamdulillah, syukur. Khamis 23 Mac 2023, dapat berpuasa bersama suami dan anak2 yg sangat dicintai. 

     Masak rendang ayam dan ayam goreng sebagai menu sahur pastinya selera suamiku dan anak2.. 

    Dan seperti biasa juga, suami dan anak2 jga diriku dah terbiasa makan kuih muih sahaja untuk berbuka puasa. Doakan kami kurus ya. 

      Hari ini 25 Mac Hari lahir anakku Muhammad Arif Abqari bin Amirul Syafiq.. Genap 10 tahun anakku. Janji nak berbuka KFC, tak nak kek katanya. Semoga anakku panjang umur  murah rezeki dan berbahagia selalu, membesar menjadi anak yang soleh, menjadi penghafaz Al Quran dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.amiiin ya Mujib











        Gambar semasa perkahwinan
       Anak Kak Zanariah or Kak Ana.. 
   
  Gambar semasa di Lata Pulai. Kali              pertama mandi kat sini. Seronok                 diorang


 Gambar masa belajar Taekwando

 

Rabu, 15 Mac 2023

Pengetua Baruku

Alhamdulillah, pengetua baru Pn Hjh Andik Radhiah bt A.Aziz..sudah melapor diri di sekolah kami SMK Ayer Baloi. Penantian kami smua dah terjawab. Seorang pengetua yang penuh karisma dan anggun di mataku. Aku suka melihat guru atau pengetua tapi aku memang tak nak jadi pengetua..Hahahaha.. sebab tula aku ni mohon Guru Cemerlang dengan harapan GC tu kekal smpai pencen.

Rupanya tidak...GC ni kena mohon dan mohon dan perlu banyak komitmen agar title GC tu sentiasa seiring dengan kejayaan demi kejayaan, kecemerlangan demi kecemerlangan. 

Tahun depan aku timebased.. dan sudah 2x memohon GC 52 tapi tidak berjaya.  Rezeki tak berpihak kepadaku, apapun, rezeki lain pasti ada.. in shaAllah..



Isnin, 28 November 2022

Rasa Tidak Dihargai

 

Kita sering rasa mahu berhenti apabila terasa diri tidak dihargai. Rasa down apabila kerja buat kita tak dipuji. Rasa sendu apabila orang tak iktiraf diri. 

Sebab itu, pentingnya kita hargai diri sendiri dahulu. 

Tepuk bahu sendiri sambil sebut “Good job!”.

Pandang cermin sambil kata “I love you!”.

Cium belakang tangan sendiri sambil ucap “Thank you!”.

Tak. Itu tak gila. Tapi itulah cara menjaga diri kita daripada tergila-gilakan penghargaan manusia.

Dan yang paling utama, semestinya merasakan Allah Al-Basir dan Asy-Syakur memandang dan menghargai kita setiap masa. 

Dapat sesuatu?

#hanisahinspire

Ahad, 4 Ogos 2019

Aeon Bukit Indah

Assalamualaikum...smlm sy Dan emak, adik2 Dan anak2ke aeon Bukit Indah..ingat nk buat skin analysis.. tp pekerjanya tiada..
So.. jalan2la..dapat la pen merah 2batang. Teman adik n mak beli kasut.. pastu mak pla nak Belanja Kami. Semoga murah rezeki mak, panjang umur Dan Dalam rahmat Allah selalu.. Amiiin..



Rabu, 31 Julai 2019

Idham, semoga Idham berjaya Di dunia Dan akhirat

Alhamdulillah, syukur ke hadratnya...
Atas nikmat Ilahi, semalam cuti Hari Pertabalan Agong Yang ke 16, 
Seluruh negara bercuti Dan saya dikejutkan dengan kehadiran ibu, Dan adik adik saya.. Mak, idham Dan dayah datang menjenguk Kami.. 

For sure la rumah berserakan dgn mainan anak2.. 

Terharu...Bila adikku Idham menghadiahkanku Kain batik, Dan anak2 Ku duit poket.. Sempena Haji pertamanya..
Terharu jga Bila emak membawa rambutan,durian Dan nugget

Kebetulan sy masak mi sup.. Dan sy pun menggoreng nugget.. 

Bahagia rasanya...
Ya Allah, panjangkan la umur ibu Dan adik adikku, panjangkan umur Kami semua sehingga Kami meninggal Dalam husnul khatimah..

Dayah, bagi dayah foundation Dan bg mak serum sbb dh Ada serum dah.. expired bln 10 ni..JD bg mak 1.. hrp mak happy.. 
Bagi mereka mask juga..hihi..utk sebarkan Muka.. insyaAllah..

Syg semua.love u till jannah!
Amiiin




Selasa, 4 Disember 2018

Young Living produk essential oil terbaik

https://www.myyl.com/shuhadahhamid81

Syukur, setelah hampir setahun mengenali Young living.. 

Sy dpt merawat sakit ank says hanya menggunakan essential oil..
Jika anak batuk, sapu oregano di tapak kaki. Dalam lebih krg 3 titi's

Byk lagi mnfaat yang Akan sy share dari semasa ke semasa

Isnin, 3 Disember 2018

Kepulangan adik yang dirindui..Muhammad Idham b.Abd Hamid

Alhamdulillah,adindaku Muhammad Idham b Abd Hamid selamat mengakhiri pengajian di University Iskandariah, Mesir..
Sesungguhnya,emak amat gembira walaupun sbenarnya sekiranya arwah abah masih Ada..pasti akan lebih gembira lagi..Harapan Dan doaku, semoga Idham berjaya mencapai cita2 yang diimpikan di dunia Dan di akhirat.. amiiin










Isnin, 14 Mei 2018

Luahan Hati

Bila hati mula berbisik...
Siapakah kawan siapakah lawan..
siapakah musuh siapakah sahabat..
Pasti...tiada siapa yang tahu...
Rambut sama hitam...senyuman mampu diukir..
Hati??
tak siapa tahu

Sedih..
Tidak....Hanya Allah tempat mengadu..
Tak perlu menangis untuk orang yang tidak mahu berkawan..
Kemaafan dah dipohon tetapi bibit pergaduhan yang dicari..
Jadi..
apa tunggu lagi,,
Let it go!!!

Hati....
Bersabarlah..
Ada suami yang menyayangi...ada anakanda2 yang mengharapkan kasih dan belaian..ada ibu dan adik2 yang mengerti...
Biarkan anasir yang mengganggu hidupmu...
Tinggalkan mereka...
Siapa mereka untuk kau kisahkan.......
Abaikan mereka...

Ya Allah...Lindungilah kami sekeluarga...dari Fitnah manusia dan Dajal..
Amiiin ya rabbal alamin

Rabu, 13 Disember 2017

Mesyuarat Pengurusan PT3 2017

Pada Hari ini mesyuarat pengurusan PT3 2017 telah dilaksanakan dengan jayanya, alhamdulillah