Selasa, 23 Jun 2015

Nasihat Ramadan

1.Tak cium bau syurga jika:
- Kedekut
-Derhaka kepada orang tua
-Mengungkit segala jasa

2.Sesorang yang hampir masuk neraka, tetapi ditarik ke syurga, kerana ketaatan kepada suaminya..yakni isteri yang solehah.

3. Untuk terang hati- banyakkan membaca Surah Al-Insyirah 79 kali

4. Keberkatan ilmu apabila kita keluar dari rumah mendapatkan ilmu, belajar ilmu tersebut bukan hanya sekadar duduk di rumah. 

Hasil pembelajaran En suami bersama Kiai Suhaili di Tampok, Rengit, Johor



Ahad, 26 April 2015

Syukur.......atas segala kurnia

Setiap kali suamiku pulang dari masjid, pasti ada nasihat dan butiran kata yang disampaikan, hasil penyampaian Imam di Masjid Benut, Benut...

Salah satunya...sahabat Nabi ditanya...apakah yang paling kamu sukai..Jawab sahabat tersebut.. Sakit...nama sahabat Nabi tu suamiku x ingat..hehehe

Minggu lepas, aku demam, kemudian ank kedua ku, selepas tu anak sulungku pula demam, bila yang sulung baik, yang kedua pula batuk selsema, dan sekarang aku pula, demam, batuk dan selsema...
Inilah ujian sakit, sakit memang pedih..Macam manalah sahabat nabi ni suka sakitkan..
Sebenarnya sakit ni dapat menghapuskan segala dosa... Amiiin..moga2.. Allah mengampunkan dosa-dosaku...

Esok, kami sekeluarga akan ke HSA JB, rawatan susulan anakku yang prem tu...'premature' atau pramatang dan aku cuti rehat khas esok...sebelum ni crk utk parents n adik2, sekarang ni crk untuk anak pula..begitula putaran kehidupan.. Tanggungjawab semakin bertambah..Peranan kat sekolah tak kurang hebatnya.. Sabtu lepas, kursus di SMK Benut, pensyarah dari Institut Perguruan Temenggong Ibrahim mengatakan, guru tidak perlu mengajar pelajar cara menjawab soalan tetapi guru perlulah mengajar pelajar cara berfikir akan konsep supaya dapat menjawab soalan...

sukar kan??
itulah guru abad ini....
Perlu kreatif dalam mendidik....

Bolehkah aku???
Takut.....
Namun perjuangan mestilah diteruskan....
insyaAllah...
Sekejap lagi nk fotostat bahan untuk pelajar esok..sebab aku tiada di sekolah esok..at least ada kerja dibuat sepanjang ketiadaan ku...

Terima kasih Ya ALLAH...
Atas kurniaanMu

Isnin, 9 Februari 2015

ONEXOX -Prepaid terhebat masa kini

Jom...!!! kawan-kawan, adik, kakak...
Sertai Onexox
Hanya RM10 starterpack dan dengan topup Rm50...tempoh lanjutan sah menjadi 28 bulan...
Jom grab now!!!!

Kalau nak kekal nombor pun boleh
RM10 ja..
Automatik lanjutan sah 28 bulan
Jom sertai saya..
email saya...shu_adahsr@yahoo.com
or whatsup 0139250572


Rabu, 4 Februari 2015

Arwah Abah dalam ingatan

Abah..
Setiap butiran nasihatmu..masih terngiang-ngiang di ingatanku,,
Abah selalu berpesan...jaga diri, jaga maruah, jaga hak diri dan tegas dalam setiap perbuatan..
Terima kasih abah..atas setiap nasihat dan didikan..

Abah..
Ingat lagi....kalau abah makan kfc atau pizza..abah mkn nasi dulu...last sekali baru abah ratah pizza dan kfc..
ingat juga dulu.. Abah masak telur masak lemak...masa tu gaji abah 300 ja.. mak pula bersalin..
Abah kata... makan nak...nanti dah senang...ingat kenangan bersama abah mkn masak lemak telur ni..abah juga pernah msk maggie utk kami...sedap,,.. rindu ..masakan abah

Abah...
Semasa adah nk pergi umrah bersama mak..
Abah minta adah doakan abah...
Adah doakan abah jadi jutawan dunia akhirat..
Abah memang baik... abah kaya dengan kebaikan hati

Abah
Rindu benar hendak memeluk abah..
Sebab selepas bersalam dan peluk abah
Abah mesti cakap... Adah..semoga semua selamat nak...

Abah..
Terima kasih atas didikan abah..
Abah sentiasa di hati



Selasa, 3 Februari 2015

Hati Menangis lagi....


Alhamdulillah...
Aku bersyukur setiap takdir yang Allah anugerahkan kepadaku..
Aku mempunyai ibu dan abah yang terbaik..yang melahirkan dan membesarkan ku...
Dengan jerik perih,.,yang hanya Allah mampu membalasnya...
Kini aku sudah pun bergelar isteri dan ibu..
Akan ku teruskan tanggungjawab yang digalas ini..

Aku...anak yang sulung...mempunyai 5 orang adik iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan...
Pendidikan..alhamdulillah..semuanya hebat-hebat..berbanding aku..
Alhamdulillah..syukur..
kadang-kadang, aku terfikir...
Adakah aku benar-benar telah menjadi seorang kakak yang terbaik buat keluargaku ataupun sebaliknya...
Aku ingat pesan arwah abah kepadaku...
"Adah...andai abah dah tua nanti...adahlah yang tolong adik2 kalau adik2 nak sambung pelajaran nanti... Nanti masa tu, abah dah tak larat...adah pula la tolong hantar adik2, begitulah seterusnya"
Aku masih ingat arwah abah menghantarku ke universiti, ke kuala lipis untuk temuduga, dan ke maktab untuk pendaftaran guru...kereta rosak dan abah dengan dibasahi peluh membaiki van yang rosak di tengah jalan.... sungguh kesian pada abah...aku amat menyayangi arwah abahku... tiada galang gantinya...

Kisah jodohku.....

Sesungguhnya perit untukku mendapat jodoh...sungguh panjang untuk diceritakan..
Apapun...itu semua telah ditentukan kepadaku...dan aku pasrah..
Kurelakan dua adikku kahwin terlebih dahulu..kugembirakan hati ini agar aku tidak ketara kesedihan..kerana aku pasti mereka di luar sana tertanya2 kenapa aku tidak kawin lg..Aku sanggup berkorban agar adik2ku bahagia..

Kisah cita-citaku...
Aku amat teringin tinggal bersma-sama emak dan abah di rumah yang kubeli... aku kesian kepada mereka yang menyewa saban tahunn..
Namun,,,cita-citaku tidak tercapai...aku pasrah...mungkin aku tidak layak utk membahagiakan mereka...dan aku teruskan kehidupanku bersama suamiku dan dua anak ku yang kucinta...

Kini...aku bahagia...dan aku redha atas segala ketentuanNya....
Hanya Allah yang tahu isi hatiku...




Selasa, 22 Julai 2014

Alhamdulillah, Muhammad Irfan Assauqi...

Syukur alhamdulillah....
Muhammad Irfan Assauqi selamat dilahirkan pada 26 jun 2014...
Genap abangnya Muhammad Arif Abqari berumur 1 tahun 3 bulan (lahir pada 25 Mac 2013) maka lahirlah Irfan pada hari khamis jam 1.00 tengahari, hari JDT menang bola..

Sesungguhnya,, berbeza dengan abangnya..Arif yang dilahirkan cukup bulan 38 minggu 5 hari.. Irfan lahir pada usia kandunganku baru 30 minggu 3 hari.. Tanda-tanda bersalin sama..cara pun sama menaiki ambulan ke Hospital Sultanah Aminah, dan kelahiran normal.. cuma sakit yang berbeza.. Apapun aku bersyukur kepada Ilahi, kerana anakku selamat dilahirkan..

Kini genaplah 27 hari irfan dilahirkan dan hari ini Irfan sudah dikeluarkan dari inkubator.. beratnya telah bertambah daripada 1.3 kepada 1.53 kg, dan tidak perlu memakai alat bantuan pernafasan lagi, alhamdulillah..

Seperti biasa, aku berpantang,... x tahannya... nak makan juadah bazar ramadan pun tak boleh..
dan lebih dahsyat,  dah 24 hari aku tak berpuasa.. alamatnya lepas ni kena qadak lah... Moga aku kuat menunaikannya..

Kepada suami tercinta, terima kasih kerana banyak membantu dan menjagaku.. begitu juga mak dan abah..serta adik2..

Adikku ana banyak membelikanku ikan..almaklumlah, suamiku ni x berapa mengenal ikan.. apapun banyak yang dipelajarinya selepas lahirnya anak kedua kami ni...

Aku seperti biasa meneruskan rutinku mengepam susu.. Alhamdulillah, medela swing maxi banyak membantuku.. jika tidak, memerah dengan tanganlah dan sakitlah tangan n tengkuk jawabnya..

Kini, tanggungjawab kami semakin bertambah... Ya Allah, bantulah kami dalam menjaga dan memelihara amanahMu ini.. semoga kami menjadi insan yang mithali, sabar dan penyayang dalam mendidik permata kami ini...

Alhamdulillah

Gambarku dengan arif...ketika ini Arif baru 4 bulan..

Jumaat, 18 Oktober 2013

10 SOLAT YANG TAK DITERIMA ALLAH

kredit to di sebalik tirai, tq

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memelihara sholat, maka sholat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara sholat, maka sesungguhnya sholat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa: "10 orang sholatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t, antaranya:



1. Orang lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan sholat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.

7. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang sholatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barangsiapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata: "Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Wallahu'alam...

Isnin, 18 Mac 2013

Tuesday....busy day



Today is Tuesday .... a very busy day.7 time teaching today, Physics, Science Form 1 and Science Form 4 .. Tuesday is the day where all of the classes I have to teach... very fag ... Form 4 Elite, 4 Jujur, 1 Setia, 1 and 1 Arif , 1Creative ... Regardless, I'm thankful to be a teacher .. Hopefully ... I'm sincere and hardwork in teaching my students, amen ...

Sabtu, 16 Mac 2013

Pernah Ia Berlalu: Jangan Sombong!! =D

Pernah Ia Berlalu: Jangan Sombong!! =D: Sombong & Takbur,  dijauhi bukan untuk didekati وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى...

Jumaat, 15 Mac 2013

Allahu Akbar

Alhamdulillah .. this day has enough womb 9 months 10 days .. Oh Allah, I hope weathered the birth of my oldest son's jihad, Amen ... And may God simplify the task, Amen ...

To my mother, father, brothers, sisters and relatives ....and to all of my friends ... I apologize for the mistakes .... dedicates everything ... Long live, God willing .. we meet again, aminnnn. ..