Selasa, 30 Oktober 2012

PERKAHWINANKU




Alhamdulillah, selamat bernikah 2 Jun 2012 dan majlis 1 Sept 2012....
tarikh agak jauh, kerana ingin menunggu adik yang sedang belajar di luar negara....
Syukur.....atas segala nikmatNya..Alhamdulillah...

Ahad, 14 Oktober 2012

Cinta...

BUKAN MUDAH UNTUK KUTEPISKAN...
KEHADIRAN CINTA TAK DIUNDANG..
SEMAKIN KU CUBA MENEPISKAN SEMAKIN BERTANDANG..
DALAM DIAM TUNAS NYA BERPUTIK
DALAM HATI SEMAKIN BERDETIK..RASA CINTA YANG HANGAT MEMBARA...
DI KOLAM HATIKU
BAGAIKAN MABUK ASMARA...
MELANDA OMBAK RINDU INI
SEHINGGA KU HAMPIR LEMAS
DI MUARA... SEUMPAMA.. LANGIT DAN BUMI PERBEZAAN KITA..
KERANA TAKDIRNYA CINTA PUN BERSEMI
DALAM KERESAHAN YANG TIADA BERTEPI
KU NIKMATI CINTA SESUDAH SENGSARA
HILANG DENDAM TIMBUL SAYANG BERPANJANGAN
UNTUK KITA MENGHARUNGI HIDUP BAHTERA KEHIDUPAN.....


Jumaat, 3 Ogos 2012

Kasih sayang

Dah lama x update blog nie..
Agak busy dengan tugas harian dan hal-hal penting...
Apapun....kalau kita buat kerja dgn ikhlas dn penuh ksh syg....sume kerja jadi mudah dan indah...
hidup terasa mudah dengan ksh syg....
Syukur, Alhamdulillah....
Semoga kita semua dilimpahi kasih sayang ilahi... Aminnn

Khamis, 3 Mei 2012

Sudi

Sudi.....
Sudikah dia menerima diriku..
Yang penuh dengan kekurangan...
Ilmu agama...harta dan rupa....

Sudi....
Sudikah kasih bertandang diperdu hatinya..
Sudikah...

Oh Tuhan....
Terimalah permohonan hambaMu ini...
satukan kasih kami....
di dalam kasih sayangMu... Amin..

Ahad, 22 April 2012

Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya.



FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,? katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ?idak sihat? mampu memberikan kesan terhadap ?nimasi kehidupan? seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,? katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,? katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,? katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,? katanya.


FAKTA: Hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal? menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.

Oleh Nasron Sira Rahim

MOHD Nasron Sira bin Rahim yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor, pada 23 Disember 1981, Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) kini berkhidmat sebagai Wartawan Berita Harian sejak Mei 2005

Lelaki Idaman Wanita

Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki untuk berjaya  menambat hati seorang wanita? Adakah mereka perlu menjadi seorang yang kaya, bijak, tampan atau sebagainya? Apakah ciri-ciri yang menjadi keutamaan untuk penilaian seorang wanita? Ia akan terjawab selepas anda membaca artikel ini. Pendapat ini adalah hasil daripada suara majoriti yang mewakili wanita. Berkemungkinan ada juga wanita yang tidak sependapat mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk menjadi panduan terutamanya kepada lelaki yang masih single di luar sana.

Mampu melakukan kerja lelaki:
Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia  yang kebanyakan lelaki tidak sedar.

Sopan:
Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.

Cara berpakaian:
Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.

Berjaya memikat hati ibubapa:
Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.

Mampu berdikari:
Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan yang selalu bermain di fikiran wanita.

Membuatkan mereka berasa selamat:
Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.

Kelakar:
Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.

Mengambil berat:
Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya  anda mengambil berat mengenai diri mereka.

Pegangan agama:
Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.

Jumaat, 2 Mac 2012

Tahniah Pasukan Bola Tampar Daerah Kemaman

Alhamdulillah, Tahniah Kepada Mohammad Khairul Faizal Razali  dan Siti Musliha Ismail atas kejayaan mendapat Naib Johan untuk kedua-dua pasukan P18, dan L18 tahun bagi peringkat Negeri Terengganu mewakili daerah Kemaman. Kedua-duanya telah menunjukkan permainan terbaik sebagai pemain utama daerah..Tahniah






Khamis, 1 Mac 2012

DEBARAN HATI SEMAKIN KUAT

Selawat Dan Salam Buat Rasulullah SAW.....
Debaran bila terasa nak berjumpa kekasih hati
Debaran...adakah...aku cekal menghadapi segalanya...
Ya Allah, kuatkan lah hatiku...
Berikanlah aku keistimewaan Ya Allah...
Agar aku menjadi insan yang teristimewa...


Amin.....

Ahad, 5 Februari 2012

Nabi ku Muhammad SAW...kerinduanku.....

Nabiku....
Muhammad bin Abdullah....
Sungguh indah namamu...
Nabiku Nabi Muhammad SAW....
Alangkah indah jika kita dapat bersua muka...
Alangkah indah andai aku dapat berjuang bersamamu...
seperti mana Saidatina Khadijah....Saidatina Aisyah, dan para sahabatmu....
Tapi...siapalah aku...
aku hanya manusia yang penuh dosa...yang hina dengan kelemahan kedaifan agama...
adakah aku dikenalimu Nabiku.......
Pernah aku terfikir....
Aku hidup di zaman mu...
Akan ku bermati-matian untuk mu...
akan ku perjuangkan Islam...
akan ku berjuang semampuku di medan jihad...
Akan aku mati sebagai Para Syuhadak.....
Aku amat teringin.....
Namun...siapalah aku....
musibah yang kuterima pun aku tak dapat tangani dengan sabar...
malah aku marah,, dan menangisi nasib seolah2 memarahi takdir...
Maafkan aku Ya Ilahi....
Ampunkan aku atas segala deritaku..
Teima kasih atas segala ujian Mu....
Selawat salam buat kekasih Allah...Ya Rasulullah....
Amat teringin.....bertemu mu....
Amat sangat......
Rindu padamu....


Sabtu, 28 Januari 2012

Hanisah Mardhiyah dah sebulan..

Syukur...
Seronok benar sebab baru rasa nikmat ada anak saudara..hehe
dah besar anak sedara...dah sebulan.
Alhamdulillah..comel macam adik n adik iparku..hehe
Rasa nak tengok nak cium hari2 tapi..tak boleh.. jauh kan kat ampang sana..
takpelah...cuti nanti mak long g lagi ek..
LOV U ,,,Hanisah Mardhiyah

Jom klik....

Jom ramai-ramai klik n sign up...pastu promote pla kat kwn2 lain...kan??
mana tau kita ada rezeki...sebab kita tolong promote ..

http://signup.wazzub.info/?IrRef=5f94c


Selasa, 24 Januari 2012

Permudahkan urusan hamba Mu yang memerlukan Mu, Amin

Ya Allah....Permudahkan urusan kami Ya Allah....
Hanya kepada Mu Ya Allah hamba Mu ini bermohon, dan meminta Pertolongan...
Bantulah kami yang amat memerlukan simpati Mu..
Tolonglah kami menghadapi setiap ujian dan dugaan di dunia ini...
Bantulah kami Ya Allah....amin....

Khamis, 19 Januari 2012

Petua Cinta Sejati - Suburkanlah ia dengan iman

Pernahkah kita dicintai seseorang bagai nak gila...hehe..tidak mengapa..bersyukurlah kerana ada insan yang masih mencintai kita...

Pernahkah kita mencintai sesorang bagai nak gila...tapi malangnya dia cintakan sahabat baik kita sendiri....

Pernahkah kita berkorban demi melihat sahabat kita gembira tetapi hati kita menangis melihat mereka bahagia bersama 

Pernahkah kita menerima saja seseorang hadir dalam hidup kita lantas kekecewaan lalu dengan harapan sidia ialah Mr Right kita...

Pasti pernah...bukan...?

Apapun,, semoga kita semua bangun setelah jatuh...bangkit setelah kecewa, gembira setelah menangis...

Sama-samalah kita ikuti petua ini:
1. Perhatikan sidia...menepati impian kita...beragamakah, solat cukupkah, merokok kah..pemarahkah..dan carilah yang sesuai dngan kita...
2.Jangan terburu-buru...istikharahlah dulu yea...
3.Banyak bersabar dalam perhubungan..tutup mulut dan berahsialah serta percaya dan terima kelemahan dan dirinya seadanya.
4.Berbincang setiap kali ada masalah...jangan pendam2 jer
5.Andai ada dugaan...mungkin kekasih dalam diam anda muncul...lupakan saja...ingat ..ada sudah istikharah dan membuat keputusan...berterus-teranglah akan status anda...ini lebih jujur dan ikhlas.
6. Sayangilah cinta sejati kita...syukur dan hargailah pasangan kita..InsyaAllah, kebahagiaan sentiasa menyelubungi kita dan pasangan kita. Amin  

Ahad, 15 Januari 2012

Allah is the best judge


Allah is the best judge

Ada seorang anak ini sedang melihat ibunya menyulam corak pokok dan tumbuhan.Kalau sudah namanya sulaman, faham2 sajalah, corak di belakangnya pasti serabut..Si anak bertanya, "ibu sedang buat apa?" si ibu menjawab, "ibu sedang buat kerja ibu, adik buatlah kerja adik ye.pergi bermain sana.".Lalu si anak pergi bermain,kemudian si anak datang lagi dan bertanya lagi.Si ibu tetap memberikan jawapan yang sama.
Selepas sulaman itu siap, si ibu memanggil anaknya "nak, inilah yang ibu buat tadi."Si anak membalas, "Wahhh ! cantiknya ibu buat.tapi kenapa tadi nampak berserabut?" Dengan tenang ibunya berkata, "Hidup kita kadang2 macam benang yang berserabut ini..Tapi ingatlah, Allah telah menyediakan kehidupan yang indah disebaliknya jika kita berusaha untuk mendapatkan rahmatnya."

Ahad, 8 Januari 2012

Anugerah 2012....

Alhamdulillah....
Sudah 8 hari kita berada di tahun 2012...
Azam tahun baru?...tetap terpahat di hati..
Moga tahun ini memberi sinar bahagia buat kita semua, amin..

Kenangan lalu, biarkan ia lepas..
Buang yang keruh, ambil yang jernih..
Barang yang lepas jangan dikenang..
Bersyukurlah atas segala ujian...
Kerana kita terpilih untuk diuji...

Ya Rabbi Ilahi..
Janganlah membiarkanku walau sekejap mata, amin
Pelihara dan lindungilah, keluargaku dan insan yang kukasihi, amin..
Lindungilah orang-orang yang bersama denganku dari khianat manusia, jin dan syaitan, amin...

Jumaat, 30 Disember 2011

Kecantikan

Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN :

✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkaniman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANTIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak

Isnin, 26 Disember 2011

Segmen-Bloglist-X-Change-and-Review Ur Blog

Salam Ukhwah Semua Bloggers...

Saya nak promote Segmen daripada Blog The Kiz's Garden nih..
Ada segmen menarik.. Jom!! Kita Pakat-Pakat Join..!

Bersama Kiz lagi dalam 2 Segmen baru iaitu segmen "Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog". Ok untuk segmen baru ni Kiz menggalakkan korang semua ramai-ramai join lah ya sebab segmen ni akan membantu korang menaikkan trafik blog korang sambil-sambil mengeratkan hubungan sesama blogger.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

HOW?
1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content
c. Cara penulisan

P/S : Rating yang akan Kiz bagi nanti adalah melalui pendapat sendiri so tak semestinya semua betul ok.

Macamana Semua...Jom...Kita join...dapat mengeratkan tali silaturrahim juga kan?
Chayuk...Chayuk Semua yer!!!
Bertemu lagi!!

Happy rasanya !! TQ The Kiz's Garden

Seronok bila baca Blog The Kiz's Garden..
Menarik..dan amat berinformasi..Tq Kiz kerana menjengah dan didoakan blog KiZ dapat membantu penulis-penulis blog seperti saya yang masih banyak tidak tahu tentang penulisan blog ni..

Thank you so much
Jom semua...kita pakat ramai2 ke blog kiz...ada banyak segmen menarik,

Info 5 saat bersama Kiz,Kedai Shop for Girls n men,students, blog tuisyen Kiz,Shawl n driving tutorial dan
banyak lagilah...

Dan yang lebih best lagi kita leh beli baju dan sebagainya secara online..!
Apa lagi...jenguklah ke blog www.kizgarden.blogspot.com

Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik dan ilmu yang Kiz curahkan,
semoga sentiasa dalam sinar kebahagiaan dan dipermudahkan urusan, Amin.

Rasa seronok sebab dapat menambah ilmu dari blog ini..tidurpun dah tak kisah..hehe,
Tq so much Kiz..!!

Khamis, 22 Disember 2011

HALWA MATA :)

Jangan cepat menilai orang lain melalui pandangan mata kasar semata-mata. selagi kita belum berkongsi rasa sehidup semati dengannya, duduk semeja denganya, melihat airmata dan tawa riangya. yang buruk belum tentu tak berguna, yang baik belum tentu berguna, jadi sentiasalh bersangka baik kepada orang lain. (^_^)

Rabu, 21 Disember 2011

Dari Bicara Tun Mahathir

TAKUT
by Dr. Mahathir bin Mohamad on Tuesday, December 20, 2011 at 9:46pm

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.



2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.



3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.



4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.



5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.



6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.



7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.



8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.



9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.





10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.



11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.



12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.



13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.



14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.



15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.



16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.



17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.



18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.



19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.



20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.



21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.



22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.



23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.



24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.



25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.



26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.



27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.



28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-ka