Ahad, 18 Januari 2026

REFLEKSI WEBINAR

 

Leadership Dynamics in Accelerating Digitalisation towards Smart Tourism and Future-Ready Workforce

Dinamik Kepimpinan dalam Memacu Pendigitalan ke arah Pelancongan Pintar dan Tenaga Kerja Masa Hadapan



Spotlight Speaker : Jarod Chia Lik Ming (MFM243009) Hotel Owner (2009 until Now)

Master of Philosophy ( Full Research)

Moderator : Lorenzo Dumalina

Tarikh : 13.12.2025 (10-11 am)

Terima kasih Dr Jamilah dan Prof Yusof Boon

Saya mempelajari bahawa kepimpinan digital bukan sekadar penggunaan teknologi, tetapi merangkumi keupayaan pemimpin untuk menggabungkan kepimpinan, teknologi dan transformasi. Seorang pemimpin digital perlu mempunyai visi yang jelas, berfikiran terbuka serta berani membuat perubahan berasaskan data dan teknologi. Kepimpinan juga tidak lagi bergantung kepada jawatan, sebaliknya kepada keupayaan mempengaruhi, memberi inspirasi dan mencipta impak positif kepada organisasi.

Berikut Adalah beberapa isi yang sangat penting yang saya dapat melalui Webinar ini.

1. Apakah Kepimpinan Digital? (What is Digital Leadership?)
Kepimpinan digital ialah keupayaan pemimpin untuk membolehkan transformasi organisasi dengan memanfaatkan teknologi digital, data dan inovasi bagi meningkatkan prestasi, pengalaman pelanggan dan mencipta nilai baharu.

Ciri-ciri Kepimpinan Digital:

  • Visi untuk masa depan digital
  • Keupayaan memacu perubahan
  • Pembuatan keputusan berasaskan data
  • Pemikiran inovatif dan berorientasikan pelanggan
  • Kesedaran teknologi dan kepimpinan berteraskan manusia
  • Ketangkasan dan kebolehsuaian
  • Kolaborasi merentas ekosistem.

Peranan Kepimpinan Digital:

  • Membuat keputusan digital
  • Menyelesaikan masalah
  • Menyelaraskan teknologi
  • Mendorong budaya digital
  • Mengurus inovasi
  • Pembelajaran berterusan
  • Membangunkan keupayaan tenaga kerja

Rumusan:

Kepimpinan Digital = Kepimpinan + Teknologi + Transformasi

2. Dinamik Kepimpinan (Leadership Dynamics)

a) Kepimpinan Transformasi

·        Gaya kepimpinan yang memberi inspirasi dan memotivasikan individu untuk berubah, berinovasi dan mencapai prestasi tinggi melalui visi yang kukuh, kepimpinan melalui teladan serta pembangunan keupayaan orang lain

·        Pemimpin perlu membimbing pekerja industri, khususnya hotel bajet dan perniagaan kecil, untuk menerima teknologi hospitaliti pintar walaupun berhadapan kekangan kos dan kemahiran.

·        Pemimpin perlu membantu pekerja mengatasi ketakutan terhadap perubahan dan teknologi Baharu.

b) Kepimpinan Autentik (Tulen)

·        Pendekatan kepimpinan berasaskan kejujuran, integriti, ketelusan, kesetiaan kepada nilai diri.

·        Kepimpinan ini penting untuk membina kepercayaan industri dan memastikan keadilan dalam membuat keputusan.

·        Nilai etika dan kemanusiaan perlu dikekalkan walaupun dalam era pendigitalan.

 

3. Dinamik Kepimpinan yang Diperlukan (Leadership Dynamics Required – Campaigns & Initiatives)

  • Menggalakkan transformasi pintar dan pembelajaran teknologi baharu
  • Memotivasikan industri melalui program seperti:
    • Hospitality Summit (HITS) 2026
    • Program Pembangunan Profesional MyBHA
    • Inisiatif Get-Together & Get-Everyone-Moving (GEM)
  • Menggalakkan automasi dan sistem operasi pintar
  • Kerjasama aktif dengan agensi kerajaan (Tourism Johor, MOTAC, PBT, BOMBA)
  • Menganjurkan bengkel dan latihan untuk kakitangan hotel
  • Menggalakkan kolaborasi industri tanpa mengira sektor.

4. Apakah Pendigitalan? (What is Digitalisation?)

Pendigitalan ialah proses menggunakan teknologi digital, sistem dan data untuk mengubah cara organisasi:

  • beroperasi
  • menyampaikan perkhidmatan
  • membuat keputusan
  • mencipta nilai

Pendigitalan =  Teknologi + Perubahan Proses + Perubahan Minda + Penggunaan Data

Dalam pelancongan, pendigitalan bermaksud mereka bentuk semula proses kerja dan operasi, bukan sekadar mendigitalkan dokumen.

 

 

 

5. Pendigitalan ke Arah Pelancongan Pintar (How Digitalisation Leads to Smart Tourism?)

Pendigitalan membawa kepada operasi pintar, perkhidmatan pintar dan seterusnya pelancongan pintar.

Pelancongan pintar mengintegrasikan manusia, tempat dan data untuk meningkatkan pengalaman pelancong.

Penggunaan data membolehkan perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan bersifat peribadi.

 Pelancongan Pintar:

  • Integrasi teknologi digital, data dan sistem inovatif
  • Meningkatkan pengalaman pelancong
  • Menambah kecekapan operasi
  • Menyokong kelestarian

     Konsep Hotel Pintar (Smart Hotel)

  • Hotel pintar menggunakan sistem digital, automasi dan data untuk meningkatkan kecekapan operasi dan pengalaman tetamu.
  • Ciri hotel pintar termasuk:

1.     Digital Guest Services (Perkhidmatan Tetamu Digital- online check in, QR menus, cashless payments)

2.     Teknologi Bilik Pintar ( Smart Room technology)- IoT devices, automation,digital control systems.

3.     Smart Operations-Cloud PMS, digital housekeeping, AI pricing, OTA optimization.

4.     Smart Workforce-staff trained in digital systems, automation-friendly workflow

5.     Smart Sustainability and Safety- energy management, integrated safety, smart monitoring systems.

  • Pendekatan ini membantu meningkatkan kualiti perkhidmatan dan daya saing hotel.

6. Kepentingan Kolaborasi dan Jaringan

  • Kerjasama antara industri, kerajaan dan institusi pendidikan penting untuk kejayaan transformasi digital.
  • Jaringan industri membuka peluang inovasi, pembelajaran dan pembangunan kerjaya.
  • Pendekatan kolaboratif mengukuhkan ekosistem pelancongan dan hospitality.

7. Mengapa Transformasi Pintar Penting? (Why Smart Transformation?)

·        Sesi ini menjelaskan bahawa transformasi digital tidak berlaku secara automatik, sebaliknya memerlukan hala tuju yang jelas, kepimpinan yang berwawasan dan pembangunan kemahiran yang berterusan.

·        Konsep Smart Transformation menekankan peranan pemimpin dalam:

menetapkan visi masa hadapan,membina kompetensi pekerja,dan menyelaraskan teknologi dengan strategi organisasi.

·        Saya memahami bahawa teknologi sahaja tidak mencukupi tanpa kepimpinan yang mampu memacu perubahan dan mempengaruhi polisi serta budaya kerja.

Penerangan tentang Smart Hotel menunjukkan bagaimana transformasi digital boleh:

  • meningkatkan kecekapan operasi,
  • mengurangkan kos,
  • meningkatkan kepuasan pelanggan,
  • dan membantu membuat keputusan berasaskan data.

Kesan Positif Hotel Pintar:

  • Kecekapan operasi meningkat → kos berkurang
  • Pengalaman tetamu lebih baik
  • Pendapatan meningkat melalui teknologi
  • Keselamatan dan kepercayaan dipertingkat
  • Pengurusan tenaga kerja lebih cekap
  • Keputusan berasaskan data

8. Apakah Tenaga Kerja Bersedia Masa Hadapan? (What is Future-Ready Workforce?)

  • Tenaga kerja masa hadapan perlu memiliki kemahiran literasi digital dan kebolehan menyesuaikan diri, minda terbuka, kompetensi bekerja dalam persekitaran teknologi yang pantas berubah
  • Kemahiran manusia seperti komunikasi, empati dan pemikiran kritikal kekal penting walaupun teknologi semakin canggih.
  • Pembelajaran sepanjang hayat merupakan keperluan utama dalam era digital.

Kompetensi Utama:

  • Literasi dan Kemahiran digital
  • Kecemerlangan pengalaman pelanggan (manusia + digital) HIBRID
  • Kesedaran data dan pemikiran analitikal
  • Kebolehsuaian dan pembelajaran berterusan
  • Keupayaan mengintegrasi teknologi dalam tugasan harian

 

9. Tips Penting untuk Perkongsian (Important Tips for Sharing)

  • Kepimpinan bukan jawatan, tetapi pengaruh
  • Kepimpinan ditentukan oleh keupayaan mempengaruhi dan memberi inspirasi
  • Keupayaan digital ialah kelebihan daya saing baharu
  • Kelebihan bergantung kepada kesediaan tenaga kerja
  • Adaptasi ialah kemahiran utama pemimpin masa hadapan
  • Pembelajaran berterusan walaupun selepas graduasi
  • Bina jaringan dan kolaborasi dengan bijak
  • Pimpin secara beretika
  • Jangan takut melakukan kesilapan
  • Keazaman dan ketekunan adalah kunci kejayaan
  • Masa depan milik pemimpin/ mereka yang :

o   Bersedia, belajar dengan cepat, join event/ seminar/berkawan dengan Kawan yang positif

    • menyesuaikan diri dengan teknologi masa kini
    • bekerjasama merentas sektor/ support industry/value
    • membuka diri untuk belajar sesuatu yang baru, kreatif, inovatif, buat sesuatu yang baru untuk Syarikat/ kompeni/ tempat kerja.
    • Tahu redesign/ make SOP faster.
    • Setiap orang boleh membuat inovasi
    • Passionate dengan kerja (bottom of heart) / Bersama click belajar sesuatu yang baru. Jangan malu dan takut untuk belajar.

10. Secara kesimpulannya, Webinar Industri & Kepimpinan (MYBHA – UTM)

  • Kejayaan masa hadapan industri pelancongan dan hospitaliti bergantung kepada kepimpinan berkesan, teknologi strategik dan tenaga kerja bersedia masa hadapan.
  • Program ini memberi kefahaman menyeluruh tentang cabaran dan peluang dalam era digital.
  • Ilmu yang diperoleh sangat relevan untuk persediaan menghadapi dunia kerjaya yang dinamik dan mencabar.
  • Kesilapan merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan pembangunan diri.
  • Ketahanan diri, kesediaan berubah dan sikap positif penting untuk kejayaan jangka panjang.
  • Saya menyedari kepentingan membina kemahiran digital dan kepimpinan sejak awal

·        Gunakan masa anda dengan bijak, ya. Manfaatkan jaringan dan kerjasama anda dengan bijak. Jangan takut untuk melakukan kesilapan kerana kesilapan akan membantu anda menjadi lebih kuat, kerana anda masih muda dan masih memerlukan banyak pengalaman.”

·        Fikir Bijak. Bercakap Bijak. Dan paling penting, Ikuti yang Bijak.

  • Program ini merupakan satu sesi perkongsian industri yang memberi pendedahan jelas tentang dunia kerjaya sebenar, khususnya dalam industri perhotelan dan pengurusan organisasi.
  • Perkongsian tentang struktur dan skala Malaysia Budget & Business Hotel Association (MYBHA) di peringkat nasional membantu saya memahami bagaimana organisasi industri dirancang dan diurus secara strategik.
  • Pengenalan kepada kempen dan inisiatif MYBHA seperti Get Together, MYBHA Cares, MYBHA Connect dan pembangunan profesional menunjukkan kepentingan kolaborasi, latihan dan jaringan industri.
  • Sesi ini membuka kesedaran bahawa graduan perlu memiliki mindset yang fleksibel, bersedia belajar dengan pantas dan mampu menyesuaikan diri merentas sektor industri.
  • Selain pencapaian akademik, kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan sikap proaktif sangat penting dalam dunia pekerjaan sebenar.
  • Alhamdulillah, program ini memberi ilmu, motivasi dan inspirasi untuk saya lebih bersedia menghadapi alam kerjaya serta menjadi individu yang memberi nilai dan berguna kepada organisasi dan masyarakat.

 

Jumaat, 5 April 2024

APC 2023 Syukur Ya Allah

Hari ini dalam sejarah...
Aku diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang selepas 13 tahun..
Kini, aku mengajar di SMK Ayer Baloi...
Selepas berkahwin, aku berpindah ke negeri tumpah darahku Negeri Johor..
Sebelum ini, aku mengajar di SMK Ceneh Baru 2005 hgga 2013

APC kali pertama aku terima pada thn 2010. Aku memang tak sangka aku dapat.. Dulu.aku sgt aktif memandangkan aku bujang, aku tak pandai menolak. apa saja yang kudapat kubuat seikhlas dan sebaik mungkin. Aktif Bola Tampar, Aktif Olahraga, Aktif Guru Silat @ Wasit Juri, Aktif sebagai Guru Penyelaras Nilam, Aktif sebagai Waden Asrama dan selalu jadi Pengawas SPM. Namun selepas aku sakit akibat sihir, aku dah kurang aktif dan lebih suka menyendiri. Tahun 2012, aku dipertemukan dengan suamiku.. dan kami bernikah.. 

Aku dan suami dikurniakan 2 cahaya mata lelaki.. 3 org gugur. Aku sgt komited dgn kerja yg kubuat. Aku menjawat Setiausaha PT3 lebih kurang 5 tahun. Pada 2016, aku memohon menjadi Guru Cemerlang, MasyaAllah, aku berjaya. 2017 aku mendapat pemangkuan GC dan sah pelantikan 2018. Aku bergiat aktif sebagai guri cemerlang, membuat inovasi  pembentangan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan serta antarabngsa secara maya dan secara bersemuka..

Banyak ujian, ujian kesihatan aku disahkan mengidap enemia autoimun...

Kini...pada 2023..APC kali ke 2 ku peroleh setelah 10 tahun berkhidmat di skolah ini.. dan masuk thn ke 19 dalam dunia pendidikan. Alhamdulillah. Haza rahmatun min Rabbi..






 
tegas tapi hatinya baik
Seorang yang bertanggungjawab dan penuh inovasi
 



Jumaat, 5 Januari 2024

Majlis Persaraan Sahabatku @ Kak Mai

Kata pengetua kami...Mati itu Pasti Bersara belum tentu kita akan kecapi.. 
Aku pun fikir begitu..adakah aku panjang umur utk mengecapi pencen dan duit persaraan. Adakah sempat  untuk aku menunaikan haji dan umrah sebelum menutup mata...

ALLAHUAKBAR

Sesungguhnya.... kita tak perlu takut apa yg akan berlaku tapi kita sentiasa bersedia dan menghargai apa yg ada sekarang..


Rabu, 20 Disember 2023

Aku adalah aku

 Aku Cikgu Shuhada..Alhamdulillah sehingga 2023 ni dah 19 tahun aku mengajar.. Syukur atas anugerah umur, kerjaya, suami,anak2 dan kesihatan.

 Baru2 ni kesihatanku terganggu. Banyak duit dihabiskan untuk membeli ubat utk menaikkan hb ku.. aku redha dan pasrah..ikhtiar doktor ikhtiar tradisional pun aku buat..

Kerjaya..Guruku syukur..ank2 murid yg terbaik..

Kawan? Biasala..ada perangai masing2

Ada yg tak boleh ditegur, ada yg sentap selalu dan mcm2 perangai..

Satu ja..yg nak kawan aku accept 

Yg nk unfren x kisah la..

Aku pasrah ja..

Ya Allah Yang Maha pengasih dan maha penyayang.. selawat dan salam buat rasul junjungan.. permudahkan la urusanku menuntut ilmu Pelajari Bahasa Al Quran dan mendidik pelajarku dalam Fizik dan Sains, bantula aku dan berikanla kejayaan kepadaku suamiku dalam bisnesnya dan kejayaan anak2ku dalam pelajarannya serta kejayaan kepada seisi keluargaku.. 

Bebaskan la Palestin Ya Allah.. hapuskan la Yahudi zionis

Allahummasolli 'ala Muhammad Wa 'ala Ali Muhammad.

Amiiin Ya Mujib

Rabu, 27 September 2023

ANUGERAH PERAK SEMINAR PENDIDIKAN FIZIK PERINGKAT KEBANGSAAN

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia Nya daku mendapat Anugerah Perak untuk pembentangan Inovasi Physics Corner with Match it game di Seminar Pendidikan Fizik Peringkat Kebangsaan. Inovasi ini masih kurang daripada segi kajian tindakannya.. namun syukur. Memberi impak kepada minat dan keseronokan pelajar mempelajari Fizik.Insya Allah








Selasa, 4 April 2023

Pertandingan ANUGERAH GURU INOVASI

 Alhamdulillah Syukur.

Tempat ke 3 Kategori Individu Sekolah Menengah. 

Pertandingan Anugerah Guru Inovasi 

Daerah Pontian.

Terima kasih suamiku dan keluargaku atas sokongan dan motivasi.

Terima kasih Pihak PPD atas penganjuran dan peluang ini.

Terima kasih kepada Tuan Pengetua sebelum ini atas sokongan meluluskan kertas kerja projek Fizik Raden Ismail Ibnrusydi , Puan Pengetua Pn Hjh Andik Radhiah  binti A.Aziz yang memberi dorongan dan tunjuk ajar, Pentadbir yang menyokong, Pembantu2 Makmal yang rajin turun membantu mengecat lorong Fizik di cuti Bln 9 tahun lepas, En Rahman Menaga, En Aziz, Aliah Mansor , Sunieta Sarbini , Noryzan, Pelajar 5 Aminuddin Baki yang sangat supportif dan rajin membantu guru, Guru Fizik  Fidah Mad, Guru PRT Cg Zul Bin Adam  ( pembuatan Papan Tanda Physics Corner, dalam proses menyiapkan) Guru Kimia Shah Fiza (data SAPS) dan semua Guru2 yang menyokong usaha kami. Kejayaan ini kejayaan Anda semua..Melalui Physics Corner lahirlah Permainan Match It Game.. Lahirlah Inovasi.. Syukur Ya Allah..