Leadership Dynamics in Accelerating Digitalisation towards Smart Tourism and Future-Ready Workforce
Dinamik
Kepimpinan dalam Memacu Pendigitalan ke arah Pelancongan Pintar dan Tenaga
Kerja Masa Hadapan
Spotlight Speaker : Jarod Chia Lik Ming
(MFM243009) Hotel Owner (2009 until Now)
Master of Philosophy ( Full Research)
Moderator : Lorenzo Dumalina
Tarikh : 13.12.2025 (10-11 am)
Terima kasih Dr Jamilah dan Prof Yusof
Boon
Saya
mempelajari bahawa kepimpinan digital bukan sekadar penggunaan teknologi,
tetapi merangkumi keupayaan pemimpin untuk menggabungkan kepimpinan, teknologi
dan transformasi. Seorang pemimpin digital perlu mempunyai visi yang jelas,
berfikiran terbuka serta berani membuat perubahan berasaskan data dan
teknologi. Kepimpinan juga tidak lagi bergantung kepada jawatan, sebaliknya
kepada keupayaan mempengaruhi, memberi inspirasi dan mencipta impak positif
kepada organisasi.
Berikut
Adalah beberapa isi yang sangat penting yang saya dapat melalui Webinar ini.
1. Apakah Kepimpinan
Digital? (What is Digital Leadership?)
Kepimpinan digital ialah keupayaan pemimpin untuk membolehkan transformasi
organisasi dengan memanfaatkan teknologi digital, data dan inovasi bagi
meningkatkan prestasi, pengalaman pelanggan dan mencipta nilai baharu.
Ciri-ciri Kepimpinan
Digital:
- Visi untuk masa depan digital
- Keupayaan memacu perubahan
- Pembuatan keputusan berasaskan data
- Pemikiran inovatif dan
berorientasikan pelanggan
- Kesedaran teknologi dan kepimpinan berteraskan
manusia
- Ketangkasan dan kebolehsuaian
- Kolaborasi merentas ekosistem.
Peranan
Kepimpinan Digital:
- Membuat keputusan digital
- Menyelesaikan masalah
- Menyelaraskan teknologi
- Mendorong budaya digital
- Mengurus inovasi
- Pembelajaran berterusan
- Membangunkan keupayaan tenaga kerja
Rumusan:
Kepimpinan Digital =
Kepimpinan + Teknologi + Transformasi
2. Dinamik Kepimpinan (Leadership
Dynamics)
a) Kepimpinan
Transformasi
·
Gaya kepimpinan yang memberi inspirasi dan
memotivasikan individu untuk berubah, berinovasi dan mencapai prestasi tinggi
melalui visi yang kukuh, kepimpinan melalui teladan serta pembangunan keupayaan
orang lain
·
Pemimpin perlu membimbing pekerja
industri, khususnya hotel bajet dan perniagaan kecil, untuk menerima teknologi hospitaliti
pintar walaupun berhadapan kekangan kos dan kemahiran.
·
Pemimpin perlu membantu pekerja mengatasi
ketakutan terhadap perubahan dan teknologi Baharu.
b) Kepimpinan Autentik
(Tulen)
·
Pendekatan kepimpinan berasaskan kejujuran,
integriti, ketelusan, kesetiaan kepada nilai diri.
·
Kepimpinan ini penting untuk membina
kepercayaan industri dan memastikan keadilan dalam membuat keputusan.
·
Nilai etika dan kemanusiaan perlu
dikekalkan walaupun dalam era pendigitalan.
3. Dinamik Kepimpinan
yang Diperlukan (Leadership Dynamics Required – Campaigns & Initiatives)
- Menggalakkan transformasi pintar dan
pembelajaran teknologi baharu
- Memotivasikan industri melalui
program seperti:
- Hospitality Summit (HITS) 2026
- Program Pembangunan Profesional
MyBHA
- Inisiatif Get-Together &
Get-Everyone-Moving (GEM)
- Menggalakkan automasi dan sistem
operasi pintar
- Kerjasama aktif dengan agensi
kerajaan (Tourism Johor, MOTAC, PBT, BOMBA)
- Menganjurkan bengkel dan latihan
untuk kakitangan hotel
- Menggalakkan kolaborasi industri
tanpa mengira sektor.
4. Apakah Pendigitalan? (What
is Digitalisation?)
Pendigitalan ialah proses
menggunakan teknologi digital, sistem dan data untuk mengubah cara organisasi:
- beroperasi
- menyampaikan perkhidmatan
- membuat keputusan
- mencipta nilai
Pendigitalan = Teknologi + Perubahan Proses + Perubahan
Minda + Penggunaan Data
Dalam pelancongan,
pendigitalan bermaksud mereka bentuk semula proses kerja dan operasi, bukan
sekadar mendigitalkan dokumen.
5. Pendigitalan ke Arah
Pelancongan Pintar (How Digitalisation Leads to Smart Tourism?)
Pendigitalan membawa kepada operasi
pintar, perkhidmatan pintar dan seterusnya pelancongan pintar.
Pelancongan pintar
mengintegrasikan manusia, tempat dan data untuk meningkatkan pengalaman
pelancong.
Penggunaan data
membolehkan perkhidmatan yang lebih cekap, selamat dan bersifat peribadi.
Pelancongan Pintar:
- Integrasi teknologi digital, data dan
sistem inovatif
- Meningkatkan pengalaman pelancong
- Menambah kecekapan operasi
- Menyokong kelestarian
Konsep Hotel Pintar (Smart Hotel)
- Hotel pintar menggunakan sistem
digital, automasi dan data untuk meningkatkan kecekapan operasi dan
pengalaman tetamu.
- Ciri hotel pintar termasuk:
1. Digital
Guest Services (Perkhidmatan Tetamu Digital- online check in, QR menus,
cashless payments)
2. Teknologi
Bilik Pintar ( Smart Room technology)- IoT devices, automation,digital control
systems.
3. Smart
Operations-Cloud PMS, digital housekeeping, AI pricing, OTA optimization.
4. Smart
Workforce-staff trained in digital systems, automation-friendly workflow
5. Smart
Sustainability and Safety- energy management, integrated safety, smart
monitoring systems.
- Pendekatan ini membantu meningkatkan
kualiti perkhidmatan dan daya saing hotel.
6. Kepentingan Kolaborasi
dan Jaringan
- Kerjasama antara industri, kerajaan
dan institusi pendidikan penting untuk kejayaan transformasi digital.
- Jaringan industri membuka peluang
inovasi, pembelajaran dan pembangunan kerjaya.
- Pendekatan kolaboratif mengukuhkan
ekosistem pelancongan dan hospitality.
7. Mengapa Transformasi
Pintar Penting? (Why Smart Transformation?)
·
Sesi ini menjelaskan bahawa transformasi
digital tidak berlaku secara automatik, sebaliknya memerlukan hala tuju yang
jelas, kepimpinan yang berwawasan dan pembangunan kemahiran yang berterusan.
·
Konsep Smart Transformation menekankan
peranan pemimpin dalam:
menetapkan
visi masa hadapan,membina kompetensi pekerja,dan menyelaraskan teknologi dengan
strategi organisasi.
·
Saya memahami bahawa teknologi sahaja
tidak mencukupi tanpa kepimpinan yang mampu memacu perubahan dan mempengaruhi
polisi serta budaya kerja.
Penerangan
tentang Smart Hotel menunjukkan bagaimana transformasi digital boleh:
- meningkatkan kecekapan operasi,
- mengurangkan kos,
- meningkatkan kepuasan pelanggan,
- dan membantu membuat keputusan
berasaskan data.
Kesan Positif Hotel
Pintar:
- Kecekapan operasi meningkat → kos
berkurang
- Pengalaman tetamu lebih baik
- Pendapatan meningkat melalui
teknologi
- Keselamatan dan kepercayaan
dipertingkat
- Pengurusan tenaga kerja lebih cekap
- Keputusan berasaskan data
8. Apakah Tenaga Kerja
Bersedia Masa Hadapan? (What is Future-Ready Workforce?)
- Tenaga kerja masa hadapan perlu
memiliki kemahiran literasi digital dan kebolehan menyesuaikan diri, minda
terbuka, kompetensi bekerja dalam persekitaran teknologi yang pantas
berubah
- Kemahiran manusia seperti komunikasi,
empati dan pemikiran kritikal kekal penting walaupun teknologi semakin
canggih.
- Pembelajaran sepanjang hayat
merupakan keperluan utama dalam era digital.
Kompetensi Utama:
- Literasi dan Kemahiran digital
- Kecemerlangan pengalaman pelanggan
(manusia + digital) HIBRID
- Kesedaran data dan pemikiran
analitikal
- Kebolehsuaian dan pembelajaran
berterusan
- Keupayaan mengintegrasi teknologi
dalam tugasan harian
9. Tips Penting untuk
Perkongsian (Important Tips for Sharing)
- Kepimpinan bukan jawatan, tetapi
pengaruh
- Kepimpinan ditentukan oleh keupayaan
mempengaruhi dan memberi inspirasi
- Keupayaan digital ialah kelebihan
daya saing baharu
- Kelebihan bergantung kepada kesediaan
tenaga kerja
- Adaptasi ialah kemahiran utama
pemimpin masa hadapan
- Pembelajaran berterusan walaupun
selepas graduasi
- Bina jaringan dan kolaborasi dengan
bijak
- Pimpin secara beretika
- Jangan takut melakukan kesilapan
- Keazaman dan ketekunan adalah kunci
kejayaan
- Masa depan milik pemimpin/ mereka yang
:
o Bersedia,
belajar dengan cepat, join event/ seminar/berkawan dengan Kawan yang positif
- menyesuaikan diri dengan teknologi
masa kini
- bekerjasama merentas sektor/ support
industry/value
- membuka diri untuk belajar sesuatu
yang baru, kreatif, inovatif, buat sesuatu yang baru untuk Syarikat/
kompeni/ tempat kerja.
- Tahu redesign/ make SOP faster.
- Setiap orang boleh membuat inovasi
- Passionate dengan kerja (bottom of
heart) / Bersama click belajar sesuatu yang baru. Jangan malu dan takut
untuk belajar.
10. Secara kesimpulannya,
Webinar Industri & Kepimpinan (MYBHA – UTM)
- Kejayaan masa hadapan industri
pelancongan dan hospitaliti bergantung kepada kepimpinan berkesan,
teknologi strategik dan tenaga kerja bersedia masa hadapan.
- Program ini memberi kefahaman
menyeluruh tentang cabaran dan peluang dalam era digital.
- Ilmu yang diperoleh sangat relevan
untuk persediaan menghadapi dunia kerjaya yang dinamik dan mencabar.
- Kesilapan merupakan sebahagian
daripada proses pembelajaran dan pembangunan diri.
- Ketahanan diri, kesediaan berubah dan
sikap positif penting untuk kejayaan jangka panjang.
- Saya menyedari kepentingan membina
kemahiran digital dan kepimpinan sejak awal
·
Gunakan masa anda dengan bijak, ya. Manfaatkan
jaringan dan kerjasama anda dengan bijak. Jangan takut untuk melakukan
kesilapan kerana kesilapan akan membantu anda menjadi lebih kuat, kerana anda
masih muda dan masih memerlukan banyak pengalaman.”
·
Fikir Bijak. Bercakap Bijak. Dan paling
penting, Ikuti yang Bijak.
- Program ini merupakan satu sesi
perkongsian industri yang memberi pendedahan jelas tentang dunia kerjaya
sebenar, khususnya dalam industri perhotelan dan pengurusan organisasi.
- Perkongsian tentang struktur dan
skala Malaysia Budget & Business Hotel Association (MYBHA) di
peringkat nasional membantu saya memahami bagaimana organisasi industri
dirancang dan diurus secara strategik.
- Pengenalan kepada kempen dan
inisiatif MYBHA seperti Get Together, MYBHA Cares, MYBHA
Connect dan pembangunan profesional menunjukkan kepentingan
kolaborasi, latihan dan jaringan industri.
- Sesi ini membuka kesedaran bahawa
graduan perlu memiliki mindset yang fleksibel, bersedia belajar dengan
pantas dan mampu menyesuaikan diri merentas sektor industri.
- Selain pencapaian akademik, kemahiran
insaniah seperti komunikasi, kepimpinan dan sikap proaktif sangat penting
dalam dunia pekerjaan sebenar.
- Alhamdulillah, program ini memberi
ilmu, motivasi dan inspirasi untuk saya lebih bersedia menghadapi alam
kerjaya serta menjadi individu yang memberi nilai dan berguna kepada
organisasi dan masyarakat.