Assalamualaikum..Alhamdulillah diberi kekuatan untuk solat tarawih dan brsahur dgn anak2 paling disayangi..walaupun suamiku di Selangor sbb kami PJJ, suami mencari nafkah di sana..suami tak lupa untuk berwasup dan mengejutkan. Dah 3 hari suamiku kejut..sbb sakit kpala migrain menyerang.. kalau tidak tak sahur la..Pagi tadi aku bgn awal. alhamdulillah..
Semasa kat UTM dlu selalu jga sakit kepala. Tapi tak la serius. Semasa dtg bln ja. Ni dah ada ank dua..datang balik migrain.. sampaikan terpitam kt makmal sains..termuntah jga.
Semoga kesakitan ini dapat menghapuskan segala dosa dosaku.. Semalam berbuka di rumah emak.. rindu masakan mak. Tapi tetap rasa sedih sebab teringat arwah abah. Sudah 8 tahun lebih abah meninggalkan kami. Rindu abah masak maggie dan goreng daging segar. Abah kan bekas tentera, selalu masuk hutan. Berdikari. Rindu abah dan sayang abah dunia akhirat.
Mak masak nasi ayam favourite ku dan anak2. Terima kasih mak. Sayang mak dunia akhirat.