Rabu, 20 Disember 2023

Aku adalah aku

 Aku Cikgu Shuhada..Alhamdulillah sehingga 2023 ni dah 19 tahun aku mengajar.. Syukur atas anugerah umur, kerjaya, suami,anak2 dan kesihatan.

 Baru2 ni kesihatanku terganggu. Banyak duit dihabiskan untuk membeli ubat utk menaikkan hb ku.. aku redha dan pasrah..ikhtiar doktor ikhtiar tradisional pun aku buat..

Kerjaya..Guruku syukur..ank2 murid yg terbaik..

Kawan? Biasala..ada perangai masing2

Ada yg tak boleh ditegur, ada yg sentap selalu dan mcm2 perangai..

Satu ja..yg nak kawan aku accept 

Yg nk unfren x kisah la..

Aku pasrah ja..

Ya Allah Yang Maha pengasih dan maha penyayang.. selawat dan salam buat rasul junjungan.. permudahkan la urusanku menuntut ilmu Pelajari Bahasa Al Quran dan mendidik pelajarku dalam Fizik dan Sains, bantula aku dan berikanla kejayaan kepadaku suamiku dalam bisnesnya dan kejayaan anak2ku dalam pelajarannya serta kejayaan kepada seisi keluargaku.. 

Bebaskan la Palestin Ya Allah.. hapuskan la Yahudi zionis

Allahummasolli 'ala Muhammad Wa 'ala Ali Muhammad.

Amiiin Ya Mujib

Rabu, 27 September 2023

ANUGERAH PERAK SEMINAR PENDIDIKAN FIZIK PERINGKAT KEBANGSAAN

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia Nya daku mendapat Anugerah Perak untuk pembentangan Inovasi Physics Corner with Match it game di Seminar Pendidikan Fizik Peringkat Kebangsaan. Inovasi ini masih kurang daripada segi kajian tindakannya.. namun syukur. Memberi impak kepada minat dan keseronokan pelajar mempelajari Fizik.Insya Allah








Selasa, 4 April 2023

Pertandingan ANUGERAH GURU INOVASI

 Alhamdulillah Syukur.

Tempat ke 3 Kategori Individu Sekolah Menengah. 

Pertandingan Anugerah Guru Inovasi 

Daerah Pontian.

Terima kasih suamiku dan keluargaku atas sokongan dan motivasi.

Terima kasih Pihak PPD atas penganjuran dan peluang ini.

Terima kasih kepada Tuan Pengetua sebelum ini atas sokongan meluluskan kertas kerja projek Fizik Raden Ismail Ibnrusydi , Puan Pengetua Pn Hjh Andik Radhiah  binti A.Aziz yang memberi dorongan dan tunjuk ajar, Pentadbir yang menyokong, Pembantu2 Makmal yang rajin turun membantu mengecat lorong Fizik di cuti Bln 9 tahun lepas, En Rahman Menaga, En Aziz, Aliah Mansor , Sunieta Sarbini , Noryzan, Pelajar 5 Aminuddin Baki yang sangat supportif dan rajin membantu guru, Guru Fizik  Fidah Mad, Guru PRT Cg Zul Bin Adam  ( pembuatan Papan Tanda Physics Corner, dalam proses menyiapkan) Guru Kimia Shah Fiza (data SAPS) dan semua Guru2 yang menyokong usaha kami. Kejayaan ini kejayaan Anda semua..Melalui Physics Corner lahirlah Permainan Match It Game.. Lahirlah Inovasi.. Syukur Ya Allah..








Jumaat, 31 Mac 2023

MIGRAIN

 Assalamualaikum..Alhamdulillah diberi kekuatan untuk solat tarawih dan brsahur dgn anak2 paling disayangi..walaupun suamiku di Selangor sbb kami PJJ, suami mencari nafkah di sana..suami tak lupa untuk berwasup dan mengejutkan. Dah 3 hari suamiku kejut..sbb sakit kpala migrain menyerang.. kalau tidak tak sahur la..Pagi tadi aku bgn awal. alhamdulillah..

       Semasa kat UTM dlu selalu jga sakit kepala. Tapi tak la serius. Semasa dtg bln ja. Ni dah ada ank dua..datang balik migrain.. sampaikan terpitam kt makmal sains..termuntah jga. 

      Semoga kesakitan ini dapat menghapuskan segala dosa dosaku.. Semalam berbuka di rumah emak.. rindu masakan mak. Tapi tetap rasa sedih sebab teringat arwah abah. Sudah 8 tahun lebih abah meninggalkan kami. Rindu abah masak maggie dan goreng daging segar. Abah kan bekas tentera, selalu masuk hutan. Berdikari. Rindu abah dan sayang abah dunia akhirat.

      Mak masak nasi ayam favourite ku dan anak2. Terima kasih mak. Sayang mak dunia akhirat.

Jumaat, 24 Mac 2023

Ramadan Al Mubarak 2023

     Alhamdulillah, syukur. Khamis 23 Mac 2023, dapat berpuasa bersama suami dan anak2 yg sangat dicintai. 

     Masak rendang ayam dan ayam goreng sebagai menu sahur pastinya selera suamiku dan anak2.. 

    Dan seperti biasa juga, suami dan anak2 jga diriku dah terbiasa makan kuih muih sahaja untuk berbuka puasa. Doakan kami kurus ya. 

      Hari ini 25 Mac Hari lahir anakku Muhammad Arif Abqari bin Amirul Syafiq.. Genap 10 tahun anakku. Janji nak berbuka KFC, tak nak kek katanya. Semoga anakku panjang umur  murah rezeki dan berbahagia selalu, membesar menjadi anak yang soleh, menjadi penghafaz Al Quran dan menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan akhirat.amiiin ya Mujib











        Gambar semasa perkahwinan
       Anak Kak Zanariah or Kak Ana.. 
   
  Gambar semasa di Lata Pulai. Kali              pertama mandi kat sini. Seronok                 diorang


 Gambar masa belajar Taekwando