FILEM
Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984
memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas
pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan
dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.
Ketika
kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar
membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak
menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan
ciri kelemahan jin dan hantu.
Berbeza dengan ahli agama,
penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan
mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan
jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang
tidak diduga kebanyakan kita!
Siapa menyangka fiksyen sains dan
dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu
tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan
menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya
berasas.
Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam
masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau
menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut
sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!
Penyelidik yang
juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan
Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan
jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat
sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan
mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.
Hantu dan jin
wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi
serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan
manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang
menyusun semua benda.
Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam
ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,?
katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.
Katanya,
apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada
sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari
gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan
penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.
Dr Norhisham
berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang,
mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu
memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.
Malah,
badan manusia yang memerangkap gelombang ?idak sihat? mampu memberikan
kesan terhadap ?nimasi kehidupan? seseorang iaitu kesan negatif terhadap
jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria
kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.
Kesan
pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman
tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman
tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.
Apabila
keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi
doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan
dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah
antara tanda gangguan jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan
menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).
Beliau berkata,
bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan
mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang
diresap jin atau hantu.
Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi
amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan,
dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke
suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan
keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.
Bagi saya
gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal.
Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam
darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat
bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai
tenaga murni dan suci, berlaku.
Walaupun pada peringkat awal
rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir
hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya
keadaan akan kembali seperti asal.
Sebaiknya untuk merawat
rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan
semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan
frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang
hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya.
Katanya,
berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah
sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci
suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan
menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.
Dalam kes pasangan
tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada
rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau
isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang
bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau
gelombang jin daripada rahim isteri.
Banyak kes rawatan yang saya
jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala
jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan
ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga
ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air
mandiannya,? katanya.
Usaha memancarkan gelombang bagi merawat
gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita
bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar
sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan
unsur sesuai.
Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi
merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di
dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan
untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,? katanya.
Sesuatu
yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada
matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala
cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila
gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah
menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.
Besi pula mampu
memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik,
jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan
disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.
Begitu
juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu
memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil
apabila seseorang itu meninggal dunia.
Cermin pula mampu menyerap
cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi
yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang
gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan
kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,? katanya.
Suatu
fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun
hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana
penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan
atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.
Hantu juga
terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan
ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau
menghindarkan mereka,? katanya.
FAKTA: Hantu dan jinDaripada
sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam
mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz
dan wangian.
Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka,
cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas
beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen),
tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.
Zikir memiliki
gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir
akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal?
menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti
hantu atau jin.
Oleh Nasron Sira Rahim
MOHD Nasron Sira
bin Rahim yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor, pada 23 Disember 1981,
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan) kini
berkhidmat sebagai Wartawan Berita Harian sejak Mei 2005