Jumaat, 30 Disember 2011

Kecantikan

Saya tahu saya TIDAK CANTIK..tapi, walaupun saya tidak cantik..saya tetap ada KELEBIHAN :

✿~ Kerana saya tidak cantik..saya tidak jadi MANGSA gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya dapat PELIHARA DIRI saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya SELAMAT daripada menjadi senjata iblis mencairkaniman lelaki..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat FITNAH dan CEMBURU daripada wanita-wanita lain..
✿~ Kerana saya tidak cantik, saya TIDAK MENGHARAPKAN pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita..
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui "INSAN" yang IKHLAS MENCINTAI saya seadanya..
✿~ Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..maka saya akan BERUSAHA agar kelihatan CANTIK pada PANDANGAN ALLAH..kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..tetapi KECANTIKAN di AKHIRAT kelak

Isnin, 26 Disember 2011

Segmen-Bloglist-X-Change-and-Review Ur Blog

Salam Ukhwah Semua Bloggers...

Saya nak promote Segmen daripada Blog The Kiz's Garden nih..
Ada segmen menarik.. Jom!! Kita Pakat-Pakat Join..!

Bersama Kiz lagi dalam 2 Segmen baru iaitu segmen "Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog". Ok untuk segmen baru ni Kiz menggalakkan korang semua ramai-ramai join lah ya sebab segmen ni akan membantu korang menaikkan trafik blog korang sambil-sambil mengeratkan hubungan sesama blogger.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

HOW?
1. Kiz akan pilih 2 blog untuk direview tiap-tiap minggu secara random
2. Lepas review Kiz akan inform kat ur blog yang blog korang terpilih.
3. Dalam segmen Review tu nanti, Kiz akan buat rating based on 3 category:
a. Blog Design ( design blog korang )
b. Blog Content
c. Cara penulisan

P/S : Rating yang akan Kiz bagi nanti adalah melalui pendapat sendiri so tak semestinya semua betul ok.

Macamana Semua...Jom...Kita join...dapat mengeratkan tali silaturrahim juga kan?
Chayuk...Chayuk Semua yer!!!
Bertemu lagi!!

Happy rasanya !! TQ The Kiz's Garden

Seronok bila baca Blog The Kiz's Garden..
Menarik..dan amat berinformasi..Tq Kiz kerana menjengah dan didoakan blog KiZ dapat membantu penulis-penulis blog seperti saya yang masih banyak tidak tahu tentang penulisan blog ni..

Thank you so much
Jom semua...kita pakat ramai2 ke blog kiz...ada banyak segmen menarik,

Info 5 saat bersama Kiz,Kedai Shop for Girls n men,students, blog tuisyen Kiz,Shawl n driving tutorial dan
banyak lagilah...

Dan yang lebih best lagi kita leh beli baju dan sebagainya secara online..!
Apa lagi...jenguklah ke blog www.kizgarden.blogspot.com

Hanya Allah dapat membalas segala jasa baik dan ilmu yang Kiz curahkan,
semoga sentiasa dalam sinar kebahagiaan dan dipermudahkan urusan, Amin.

Rasa seronok sebab dapat menambah ilmu dari blog ini..tidurpun dah tak kisah..hehe,
Tq so much Kiz..!!

Khamis, 22 Disember 2011

HALWA MATA :)

Jangan cepat menilai orang lain melalui pandangan mata kasar semata-mata. selagi kita belum berkongsi rasa sehidup semati dengannya, duduk semeja denganya, melihat airmata dan tawa riangya. yang buruk belum tentu tak berguna, yang baik belum tentu berguna, jadi sentiasalh bersangka baik kepada orang lain. (^_^)

Rabu, 21 Disember 2011

Dari Bicara Tun Mahathir

TAKUT
by Dr. Mahathir bin Mohamad on Tuesday, December 20, 2011 at 9:46pm

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.



2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.



3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.



4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.



5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.



6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.



7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.



8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.



9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.





10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.



11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.



12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.



13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.



14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.



15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.



16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.



17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.



18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.



19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.



20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.



21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.



22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.



23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.



24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.



25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.



26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.



27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.



28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-ka

Jumaat, 16 Disember 2011

Selamat Tinggal 2011 !!!

Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun....
Hidup mesti diteruskan....
Perubahan... aku dalamannya masih seperti dulu...luaran...hheee/..\\ dah semakin naik berat badan..kui kui
Apapun...
Azam tahun baru...
Mesti ada kan...
Sama2 kita semua berazam dan memenuhi azam kita, amin...

Apa azam baru yer???
Sama2 kita fikirkan,,,ya...
Setiap orang mesti ada azam yang ingin dicapaikan...
Moga kita berjaya untuk 2012 ini..amin.


ANAK SAUDARAKU.....HANISAH MARDHIYAH BT MOHAMMAD HAFIZ..ALHAMDULILLAH, SELAMAT DILAHIRKAN PADA 17.12.2011...TAHNIAH BUAT ADINDAKU HAFIZ N ASNI






































Khamis, 15 Disember 2011

Salam Muharam.............

Selamat tahun baru Islam....
Moga azam baru kita pada tahun baru ini...dimakbulkan Allah..amin
Sama2 kita berdoa yea

Rabu, 14 Disember 2011

DSB-----mungkin untuk hapuskan dosa....

Demam . selsema , batuk.............
Tak larat rasanya....
Jika ini untuk menghapuskan dosa...hambaMu ini redha
Ya Allah, berikanlah kejayaan kepadaku, adik2adikku...ibu bapaku dan pelajar2 ku...
Berikanlah kejayaan jua kepada guru-guru dan pensyarah2 ku serta sahabat2 yang bersama-sama denganku...

Amin...