Khamis, 28 Januari 2010

Allah Maha Mengetahui

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kasihku Abadi (Nasyid)

Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku
Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati
Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati
Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan
Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku
Moga impian kan dirahmati
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki

SOLAT...

Amal yang pertama ditanya Allah SWT pada hambanya di hari kiamat nti ialah solat. Apabila solatnya dapat diterima, maka akan diterimalah seluruh amalannya, dan apabila solatnya ditolak, maka tertolak pula seluruh amalannya.(Riwayat Abu Dawud)

Akan datang satu masa atas manusia, di mana mereka solat padahal sebenarnya mereka tidak bersolat. ( Hadis riwayat Ahmad)

Brgsiapa mengingati Allah (dzikrullah ketika wudhuk, nescaya disucikan oleh Allah SWT tubuhnya secara keseluruhan dan brg siapa tiada mengingati Allah SWT (dzikrullah) nescaya tiada disucikan oleh Allah SWT dari tubuhnya selain kena air sahaja (hadis riwayat abdul razaq fi aljami as shagir)

Khamis, 21 Januari 2010

LELAKI IDAMANKU....(SAJAK DR SEBUAH BUKU MOTIVASI DIRI TELAGA BIRU)

Lelaki Idamanku..
Tertegak Islam dalam dirinya..
Sejernih Salju...
Hatinya dilingkari cinta yang Satu..
Iman dan Taqwa menjadi sepatu
Dengan roh Islam dia melangkah maju..
Dahagakan pahala hauskan ilmu..
Gagah melawan hawa nafsu...
Solatnya dihayati penuh syahdu..
Kata-katanya benar tidak menipu..

Lelaki Idamanku..
Teguh dalam saf perjuangan,
Teman-temannya adalah,
Pencipta syariat Islam,
Yang Menyampaikan Ilmu di dada,
Buat umat yang kehausan,
Yang menginfakkan harta,
Untuk jalan jihad dan kebenaran..

Lelaki Idamanku
Adalah lelaki beriman
Yang mengalir dalam darahnya sifat kepimpinan
Suka berbuat kebajikan
Berbakti kepada ayah bondanya penuh kebaikan,
Dalam rumah tangga,
Dialah penjaga kerukunan,
Menghiasi jiwa ahlinya,
Dengan seagung-agung pegangan,
Mendidik anak dan isterinya menghayati Islam,
Ynag mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Yang dunia baginya rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idamanku,
Sentiasa bersedia menjadi Imam,
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran
Dengan Petunjuk Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya bila berbelanja..
Yang sujudnya penuh kesyukuran,
Dengan rahmat Allah ke atasnya..

Lelaki idamanku..
Tidak pernah membazirkan masa..
Matanya kepenatan kerana membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir..
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuhnya penuh kecergasan,
kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan..

Lelaki idamanku...
Sentiasa mengingati mati..
Yang baginya hidup adalah ladang di akhirat
Yang mana buah kehidupan itu
Perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik dan bertunas
Bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam
Sebelum hari kemudian

Lelaki Idamanku
Adalah lelaki
YAng tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawaku bersama...
Dialah lelaki Idamanku....
Amin.....

Selasa, 12 Januari 2010

Cari Pasangan...

Siapakah pasangan kita????
Adakah kita hanya perlu berserah kepada takdir tanpa perlu berusaha??
Adakah kita hanya berdoa tanpa ada usaha mengiringi perbuatan kita...?

" Abu Hurairah meriwayatkan bahawa NAbi Muhammad SAW bersabda.. " Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang, maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, dan bila engkau tidak ada dia menjaga hartamu dan menjaga pula akan kehormatan dirinya"
Riwayat Muslim

" Abdurrahman b Auf meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: " Seorang wanita yang soleh lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh dan wanita yang melayani suaminya selama seminggu maka ditutupilah baginya 7 pintu neraka dan dibukakannya 8 pintu syurga..yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisap"

"Allah SWT memberi wahyu kepada Nabi SAW yang bermaksud"Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatan kepada suaminya"


"Firman Allah, "Org laki-laki itu menjadi tulang belakang (penanggung) wanita ... Ertinya " Bahawa (laki2) itu menguasai semua urusan wanita dan mendidiknya"

Ujian Tuhan.....Sabarkah kita...

Salam ukhwah....

Sukarkah kita menghadapi ujian Allah....
Ya...Namun setiap yang diuji pasti ada hikmahnya...
Adakah kita sabar?
Atau kita hanya mahu melatah...
Menyalahkan takdir yang telah tersurat...
Tidakkah kita bersyukur...
Bahawa kita adalah insan yang terpilih....
Ya Allah kuatkan hati hamba-hamba Mu ini...
Amin

"Asked Allah for strength, Allah gave difficulties to make strong.. Asked Allah for wisdom Allah gave problem to solve, Asked Allah for courage and Allah gave obstacles to overcome. Asked Allah for love and Allah gave a troubled people to help. Asked Allah for favours and Allah gave opportunities. maybe we received nothing we wanted but we received everything we needed. for that always said Alhamdulillah....."

Jumaat, 1 Januari 2010

Suci Hatimu...

Aku minta kepada ALLAH setangkai bunga segar, ia beri kaktus berduri, aku minta kupu-kupu Dia beri ulat berbulu, aku sedih dan kecewa, Namun kemudian kaktus itu berbunga, indah sekali, Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik...itulah jalan Allah, indah pada masa yang ditetapkanNya. Allah tidak selalu memberi apa yang kita harapkan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan. Kadang kita rasa sedih, kecewa dan terluka. Tetapi tanpa kita sedari Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita...


Bila HATI berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan itu ditelan sebagai juadah, kejayaan dianggap satu mimpi indah, andai ditakdirkan rebah, HATI tetap redha kerana ALLAH. Ketabahan dan mujahidah menempuh tiap lurah. tiap agendanya punya hikmah, agar hati disinggah indahnya kasih Allah...